Elyana terkena buatan orang?









TIGA minggu berdiet, berat dan bentuk badan Erneelya Elyana Emrizal, 22, atau Elyana, sedikit pun tidak berubah. Bahkan, semakin hari dia dapati badannya terus mengembang dan perutnya buncit.
Perubahan fizikal mendadak itu serta emosi yang sering terganggu mengundang tanggapan yang bukan-bukan kepada mereka yang rapat dengannya. Ada yang menyangka dia berbadan dua.Akhirnya rahsia penyakit misteri Elyana terbongkar selepas dia menyuarakan kepada seorang teman yang mengalami penyakit sama.
Seperti hendak gugur jantungnya apabila dimaklumkan terkena buatan orang sewaktu mendapatkan rawatan tradisional di Kuala Lumpur dan penyakit misteri yang dialaminya itu dipercayai busung.

"Masa berubat, orang yang merawat saya itu memaklumkan orang yang melakukan perkara itu kawan saya sendiri. Tetapi saya kurang percaya pada amalan sebegini tambah pada zaman moden ini. "Saya tidak sangka masih ada yang mengamalkannya dan lebih mengejutkan, orang yang dimaksudkan kawan sendiri.
Tetapi saya nampak perubahan pada dirinya sejak saya sakit cuma saya tidak pernah bertanya dengannya. "Bagaimanapun, saya tidak marah atau berdendam dengannya walaupun perbuatannya itu kesalahan besar di sisi agama."Saya reda dan minta maaf kepada semua jika ada perbuatan saya selama ini yang menyinggung perasaan mereka," katanya.

Mungkin sahabatnya itu ada alasan berbuat demikian. Namun, apa yang dikesalkan akibat perbuatan itu bukan saja menjejaskan kesihatan dan kerjaya seni, tetapi juga mengeruhkan hubungannya dengan keluarga.

"Saya tidak sedar perubahan pada diri, tetapi ramai perasaan terutama keluarga dan kawan rapat. Sejak terkena penyakit itu, saya sering menyendiri dan panas baran sehingga mereka yang tidak bersalah pun jadi mangsa amukan saya."Selalunya ahli keluarga menjadi tempat melepaskan amarah.

Malah, saya jadi malas bekerja, sering pening dan sakit perut sampaikan persembahan yang sudah dipersetujui terpaksa dibatalkan saat akhir," katanya.Mengakui keadaannya semakin pulih selepas menjalani rawatan tradisional, Elyana kembali semangat untuk bekerja.

0 comments:

Post a Comment