Liyana Jasmay dan Aizat bercinta?



Baru-baru ini, Liyana juga ada pada majlis ulang tahun hari jadi Aizat. Tambah gempak, Liyana yang lambat sampai berpakaian sedondon dengan Aizat! Dapat diperhatikan, sebelum Liyana sampai, Aizat seakan-akan gelisah dan banyak kali menelefon Liyana menanyakan di manakah dia berada.

Sementara itu, Liyana turut menjelaskan bagaimana cerita mereka 'bercinta' boleh timbul."Kami berjumpa tahun lepas sewaktu sesi fotografi dengan Berita Harian. Kami mula jadi rapat 2, 3 bulan lalu semasa Aizat menghadiri majlis perkahwinan abang Nana. Kemudian kami ditemuramah pula oleh majalah Hai.

"Tapi Nana nak cakap di sini yang kami tak ada apa-apa hubungan kekasih. Sekadar kawan baik saja. Nana sayang Aizat sebagai kawan saja. Nana tak percaya pada declare. Nana rasa lebih bagus berkawan daripada bercinta sebab kami pun masih muda lagi,"

kredit: murai.com.my

0 comments:

Post a Comment