artis tempatan sambut CNY



















































Perayaan Tahun Baru Cina bersama artis-artis tempatan yang berlangsung di Grand balroom, LeMeridien Hotel di sambut dengan jayanya bersama selebriti-selebriti di luar dan didalam Malaysia,antaranya Rachel Tan Miss Chinese Internastional 2003, Soo Wincci, Miss Malaysia/world 2008 turut memeriahkan lagi suasana artis tempatan iaitu Anita Sarawak, Syafinaz Selamat, Lisdawati dan ramai lagi artis terkenal tanah air yang turut meraikan bersama tahun baru cina ini.

Di samping petunjukan fesyen diserikan lagi barangan Raflesia dan Mandalay permata dan barangan kemas yang di hiasi bersama artis-artis popular.

Pada malam itu pelbagai aktiviti yang menarik diadakan termasuk persembahan nyanyian oleh Anita Sarawak dan Ning Baizura bagi memeriahkan lagi suasana cabutan bertuah turut di berikan kepada tetamu yang hadir dan tidak ketinggalan tetamu dan rakan media di berikan Ang Pau sebaik sahaja membuat pendaftaran.

Tradisi perayaan cina ini tidak luput dek zaman adat resam bagi kaum cina meraikannya, sambutan yang meriah ini di panaskan lagi apabila tarian singa membuatkan seluruh tetamu terpegun melihat aksi-aksi singa yang lincah beraksi, selepas petunjukan singa berlangsung acara wajib bagi perayaan ini iaitu Yim Sang yang di sambut beramai-ramai.

kredit:jomstar dan gua.com.my

0 comments:

Post a Comment