Ayu Raudhah Penggoda?


Sepanjang Ayu Raudhah berkecimpung dalam dunia lakonan, Ayu sering membawa watak sebagai seorang wanita atau gadis yang baik dan lemah lembut. Namun kali ini berbeza pula. Ayu Raudhah akan tampil dengan watak antagonis di dalam drama terbarunya ‘Bila Syaitan Berbisik’.

Menurut Ayu, dalam drama tersebut, dia memegang watak sebagai Julia iaitu seorang gadis kampung yang sangat jahat dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan apa yang diinginkan, termasuk menggoda pakciknya sendiri! Drama terbitan Eurofine ini akan ditayangkan di TV 1 sekitar Februari nanti. Berjayakah Ayu menghidupkan watak sebagai penggoda itu? Sama-sama kita tunggu

Ketika di tanya tentang perancangan perkahwinannya, Ayu Raudhah menafikan gosip yang mendakwa kononya dia sudah menetapkan April sebagai bulan untuk mengikat tali pertunangan dengan Pekin.

“Tak ade plan pun.. Memang tak ade plan.. Ayu tak tahu menahu pasal tu dan Ayu terkejut bila dapat tahu,”. Walaupun khabar angin itu tersebar, Ayu tetap berkawan dengan Pekin. “Ayu dengan dia ok jer. Kitorang dah break tapi masih berkawan dengan dia lagi.. Kawan baik.. tapi tak sama macam dulu.. ”, jelas Ayu. Sungguhpun begitu, Ayu tidak menolak jika dia bertemu jodoh dan bergelar isteri dalam masa terdekat walaupun namanya sedang meningkat naik.

0 comments:

Post a Comment