Bilik sembahyang Britney Spears



BRITNEY SPEARS yang bakal membuat konsert jelajah terbarunya bakal disediakan sebuah ruang untuk sembahyang di bilik persalinannya.

Penyanyi berusia 27 tahun itu dalam rangka mengadakan konsert bergeraknya di 33 lokasi seluruh dunia bermula di New Orleans, Amerika Syarikat menjelang Mac depan dan berakhir di London pada Jun nanti.

Penyanyi yang pernah mengalami depresi peringkat serius pada tahun lepas itu mahu memastikan dia membuat persembahan terbaik sempena kemunculannya semula ke arena muzik global, lapor akhbar Britain, Mirror.

Diberi tanggungjawab menjaga kebajikan Britney sepanjang konsert bergerak tersebut ialah penyanyi utama Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger yang merupakan sahabat baiknya. Beritahu Nicole: “Saya memang teruja untuk berganding dengan Britney bagi konsert jelajah dunia sempena kemunculan semula dirinya di arena muzik itu nanti.

“Saya akan bersama Britney pada konsert itu bagi membimbingnya untuk melalui apa jua keadaan mencabar dan amat penting buat saya dan Britney melakukan upacara sembahyang dan meditasi bersama-sama.”

Selain bilik sembahyang, antara kelengkapan khusus lain yang disediakan di bilik persalinan Britney pada konsert jelajahnya itu nanti termasuklah kuntuman bunga lili putih, lilin-lilin yang menggunakan haruman strawberi serta hidangan pelbagai jenis buah-buahan

kredit: kosmo

0 comments:

Post a Comment