CODA-artis SNP





BERNAUNG di bawah Siti Nurhaliza Production (SNP), bagaikan sebuah mimpi indah yang menjadi kenyataan. Itulah yang terjadi kepada lima anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Coda.

Coda yang dianggotai oleh Fahimie (vokalis), Akir (gitar utama), Jashir (bass), Freddy (gitar) dan Ejam (dram) mula serius dalam bidang muzik apabila menyertai pertandingan realiti Blast Off 2007 anjuran Astro dan Rhythm Of Champion 2006 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kami artis berkumpulan, sekarang ini banyak kumpulan yang bagus berada di pasaran, jadi kami kena bersaing untuk memberi yang terbaik daripada segi kualiti lagu dan persembahan. Siti sudah bagi ruang dan peluang, jadi kami harus gunakannya dengan baik," tutur Fahimie

"Enam lagu itu kami cipta sejak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2006, dan bila ada peluang untuk merakam album kami berpuas hati kerana lagu kami diterima, walaupun bukan untuk keseluruhan album, ia sudah memadai," ujar Akir.

Selain enam lagu itu, album sulung yang berjudul Retorik Audio turut mendapat sentuhan Tam Spider, Aidit Alfiandan dua komposer Indonesia Katon Bagaskara serta Taufik.

Album yang diterbitkan oleh Aznan Alias itu dijangka berada di pasaran dalam bulan ini dan Coda sudah pun menarik perhatian ramai menerusi dua single hit mereka yang berjudul Buai dan Bila Matamu Tersenyum.

kredit:kosmo

0 comments:

Post a Comment