Ekin jadi pengurus Mawi?



Betul ke selepas bergelar isteri, Ekin sekarang jadi pengurus kepada Mawi pula? Tak tahulah benar atau tidak.
Dengarnya Ekin akan bekerja dengan Mawi di Mawi World Sdn. Bhd. Kalau dah kerja kat syarikat Mawi tu tandanya secara langsung terlibat dalam hal-hal aktiviti seni Mawi.

Kalau ya baguslah senang juga apabila isteri menguruskan suami. Kalau Mawi ada show di luar Kuala Lumpur pun tak akan berjauhan dengan Ekin sebab sebagai pengurus dia mestilah ikut sama. Apabila ikut sebagai pengurus tak adalah orang nak mengata Ekin asyik mengekor Mawi sahaja.

Dulu isteri Amy Search juga turut terlibat secara langsung dalam hal-hal berkaitan kerjaya seni Amy. Bukanlah sesuatu yang janggal apabila isteri atau suami menjadi pengurus kepada kerjaya seni pasangan mereka.

kredit: mangga online

0 comments:

Post a Comment