Farid kamil terima Anugerah Seni Negara


Majlis Anugerah Seni Negara Ke-8 yang akan berlangsung pada 18 Februari ini membawa pencapaian paling bermakna buat pelakon kacak, Farid Kamil Zahari, apabila dikurniakan Anugerah Bakat Muda bagi kategori Seni Lakon.

Apa yang membanggakan, Farid, 27, akan menerima anugerah istimewa itu daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dalam satu majlis khas di Grand Ballroom, Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan.

Mengesahkan perkara ini kepada portal murai.com.my, Farid berkata, dia amat terharu dengan anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) itu kerana tidak pernah menyangka mendapat pengiktirafan

0 comments:

Post a Comment