Kami Dah Penat Berlakon - Fauzi Nawawi & Lisdawati



Fauzi Nawawi dan Lisdawati, pasangan selebriti yang tidak perlu dikenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing mempunyai kekuatan dalam menghayati watak yang diamanahkan oleh pengarah kepada mereka. Disebabkan kekuatan dalam penghayatan sesuatu watak yang diamanahkan kepada mereka itulah yang menyebabkan penonton kadangkala tertipu dengan realiti sebenar perwatakkan kedua-dua suami isteri ini.

"Disebabkan saya ni selalu pegang watak jahat, maka kadangkala orang fikir saya ni memang betul jahat," ujar Fauzi Nawawi.

Katanya lagi persepsi berkenaan menyebabkan ada dikalangan peminat isterinya itu beranggapan bahawa dirinya adalah seorang yang ganas dan jahat.

"Orang banyak fikir suami saya ni jahat, tapi saya tak boleh salahkan masyarakat sebab setiap kali diorang tengok dia berlakon, mesti dia pegang watak jahat. Walaupun muka dia nampak cam ganas, tetapi dia ni baik orangnya," kata Lisdawati sambil melihat wajah suaminya itu.

Ditanya mengenai impian mereka yang masih belum tercapai, kedua-duanya memberitahu bahawa mereka teringin mengendalikan sebuah program televisyen.

"Kalau ada rezekilah saya dan isteri mahu mengacara program televisyen." kata Fauzi.

"Program yang kami idamkan adalah program yang bual bicara mengenai topik kekeluargaan, suami isteri dan cinta." ujar Lisdawati.

Kata pasangan ini, mereka mula tertarik untuk menjadi pengacara program televisyen setelah melihat pasangan suami isteri Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Nurbahiyyah mengacarakan program 'Semanis Kurma' yang ditayangkan di TV9.

Ditanya adakah itu satu petanda pasangan tersebut mahu berhenti dari berlakon dan menumpukan sepenuh perhatian dalam dunia pengacaraan, Fauzi menjawab semuanya terserah kepada takdir.

"Yang penting kami mahu mencuba perkara yang belum pernah kami buat,"

kredit:jomstar

0 comments:

Post a Comment