Jangan Pandang Belakang Congkak


Lepas satu-satu bikin filem kali ini Metrowealth (MIG) kini dalam proses menghasilkan filem terbarunya berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham. Filem bergenre komedi seram ini sedang menjalani pengambaran di sekitar negeri Perlis dan dijangka berakhir di Alor Setar pada 23 Disember ini. Termasuk promosi dan pengedaran Jangan Pandang Belakang Congkak dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 juta.

Filem yang telah memulakan pengambaran sejak 25 November 2008 lalu membariskan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Senario, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi.

Jangan Pandang Belakang Congkak ini merupakan sebuah filem yang akan membawa konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre dengannya adalah, ia menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton.

Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu - Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini.

0 comments:

Post a Comment