Kahwin? Tunggu... - Nita & Zahid


Setelah juara Akademi Fantasia 3, Mawi melansungkan perkahwinan dengan kekasihnya Ekin pada 20 Disember 2008, kini peminat mula tertanya bilakah pula juara Akademi Fantasia 2, Zahid, mahu menamatkan zaman bujangnya. Umum peminat telah mengetahui bahawa Zahid kini sedang dilamun cinta dengan naib juara Malaysian Idol, Nita.

Ditanya Jomstar bilakah agaknya mereka berdua mahu menamatkan zaman bujang mereka, Zahid dengan wajah tersenyum menjawab;

"Rileks la bro, tunggu...tengoklah kalau ada rezeki,"

Kata Zahid lagi dia sedang menunggu waktu yang sesuai untuk mengumumkan tarikh perkahwinan dia dengan Nita.

"Bagilah kami rileks dulu, bahang Mawi kahwin masih jelas terasa," kata Nita sambil tersenyum melihat buah hatinya.

Info Zahid

Nama Penuh : Ahmad Zahid Baharuddin
Tarikh Lahir : 19 Disember 1980
Zodiak : Sagittarius
Hobi : Menyanyi, "rapping", menari, bermain bola sepak
Makanan/Minuman kegemaran : Nasi Goreng Ayam/Milo Ais
Penyanyi Kegemaran : Usher & Jamal Abdillah
Pelakon Kegemaran : Will Smith, Al Pacino, P Ramlee

Info Nita

Nama Penuh: Norhanita Hamzah
Nama Singkatan: Nita
Tarikh Lahir: 3 November 1980
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Bintang: Scorpio
Hobi: Bersukan dan berenang
Artis Kegemaran: Liza Aziz, Adibah Noor dan Amy Lee
Makanan Kegemaran: Ayam goreng
Minuman Kegemaran:Milo ‘O’

kredit: jomstar

0 comments:

Post a Comment