Luahan marah Maya terhadap kekejaman Israel






Maya berkata beliau juga berasa geram dan marah apabila melihat penderitaan yang dialami oleh mangsa serangan Israel.

“Saya berasa sangat sakit hati dan marah kerana orang Israel merupakan umat manusia yang sangat kejam.

“Tetapi, apa yang boleh kita lakukan? Macamana kita nak boikot barangan Israel sedangkan barangan mereka tidak diimport ke sini.

“Jika kita hendak boikot produk Amerika pun, semua orang tak boleh guna komputer pula. Saya rasa susah untuk kita lakukan sesuatu perkara berhubung isu boikot ini.

“Saya hanya mampu berikan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa tentera Zionis,” kata Maya.

Selain itu, menurut beliau, semua rakyat Malaysia juga boleh meningkatkan kesedaran terhadap apa yang berlaku di sana.

“Misalnya, saya terlibat dengan jualan dan lelongan amal yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu,” tutur isteri kepada Muhammad Ali Abdullah, 39 atau Steven David Shorthose ini.

0 comments:

Post a Comment