Mawi-Ekin semakin bahagia setelah berbulan madu

Pasangan bahagia Mawi dan Ekin

Mawi dan Ekin bergambar kenangan dengan peminat bertuah yang membeli kasut Ferragamo.


Asmawi Ani, 28, dan Nora’Ashikin Rahmat, 30, yang bernikah pada 20 Disember lalu di Johor Bahru, Johor kembali memenuhi ruang akhbar dan media elektronik dengan cerita menarik yang dibawa pulang dari Korea selepas pulang ke tanah air pada 22 Januari lalu.


Selepas menghabiskan cuti bulan madu selama seminggu, kini penyanyi terkenal dan penuh kontroversi ini mula menjalankan tugas seninya seperti biasa pada Sabtu lalu.

"Saya berasa seronok dan bahagia sekarang ini selepas mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik...

*****************************************

Lelong kasut dan jeans berjenama untuk Gaza


Mawi berjaya melelong sepasang kasut Ferragamo yang masih baru dan belum pernah dipakai olehnya sebelum ini pada harga RM280.


Menurut Mawi, kasut itu dibeli olehnya ketika beliau menjalani pengambaran program Langkah Mawi di London

Sementara itu, sehelai jeans Guess yang dilelong pada harga RM250 dibeli ketika beliau ke Los Angeles pada tahun lalu.


"Saya juga menjual seluar jeans yang tidak pernah dipakai itu kerana ia berbentuk ‘boot cut’," kata Mawi yang turut meluangkan masa menjual aiskrim Wall’s di mana sumbangan untuk setiap barangan yang dijual disalurkan kepada tabung Gaza
******************************************
Pakai baju pengantin tradisional Korea


Ketika berkunjung ke Korea, Mawi dan Ekin sempat melawat beberapa tempat menarik seperti Pulau Nami, Lotter Water World dan Seoul.


"Waktu kami ke Korea, negara tersebut sedang mengalami musim sejuk.


"Jadi, banyak pengalaman baru yang diperolehi seperti dapat bermain jet ski di Pulau Nami iaitu lokasi pengambaran ‘soap opera’ Winter Sonata. "Paling istimewa, kami berpeluang mengenakan baju pengantin tradisional Korea yang dibuat khas oleh pereka terkenal dari sana di mana beliau bukan sahaja termasyur di Korea malah turut dikenali di United Kingdom.


"Kami juga melihat pertunjukan ‘jumps’ di Seoul serta beberapa persembahan popular di sana," ujar pasangan yang belum menunjukkan tanda-tanda untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.


Kunjungan mereka ke Korea tidak sah jika tidak membeli-belah seperti cenderamata kenangan untuk di bawa pulang bersama.


"Kami ada juga membawa pulang cenderamata dari Korea tetapi tidak banyak yang kami beli sebab kebanyakan barangan di sana agak mahal.


"Lagipun, niat kami ke sana hanya untuk bercuti semata-mata," ulas Mawi yang membeli baju-T, beberapa pakaian lain dan cenderamata.


Tambah Mawi, selepas ini, beliau terpaksa menyimpan dahulu angan-angan untuk membawa Ekin bercuti ke Syria disebabkan masalah mendapat cuti panjang.


"Insya-Allah, kalau ada cuti lagi, kami akan pergi berbulan madu lagi. Buat masa ini, masa tidak mengizinkan sebab tiada cuti,"” kata Mawi.


0 comments:

Post a Comment