Nabil, Irma Tengah Main-Main Cinta




Menurut sumber, Nabil Raja Lawak & Irma Hasmie dalam diam sedang hangat bermain-main cinta. Port mereka selalu berdating adalah di The Curve.

"Buat masa ini saya tidak mahu declare apa-apa lagi. Terlalu awal nak panggil diri kami lovers. Kami berdua kena study lagi diri dan hati budi masing-masing apabila dah sesuai, kami akan declare," akui Nabil .Saya suka Irma sebab dia boleh layan jokes saya. Irma pun kelakar dan suka buat lawak,"

Hah, yang pasti itulah bunga-bunga cinta pasangan yang tengah popular ketika ini. Nabil, 26, dulu pernah rapat dengan seorang gadis dari Universiti LimKokWing bernama Mira manakala Irma, 27, pula pernah putus cinta dengan Farid Kamil.

mereka berdua mula rapat selepas berlakon bersama di dalam gegar raya gitu - gitu apek.

Koleksi Gosip Cinta Nabil & Irma Hasmie:

1. Ada peminat nampak Nabil dan Irma bersama seorang bayi sedang makan malam di Mutiara Damansara, Irma tidak menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu, Nabil menolak kereta sorong bayi, anak angkat perempuannya apabila mereka makan malam di The Curve.

2. Irma dikatakan menjadi orang ketiga dan menyebabkan cinta Nabil dengan gadis bernama Myra seorang pelajar Universiti Limkokwing, Cyberjaya tergendala. Padahal, mengikut Nabil, hubungannya dengan Myra dan juga Irma hanya kawan sahaja. Orang bujang, jadi bebas nak kawan dengan sesiapa sahaja.

3. Irma juga dikatakan pernah berada di dalam kereta Nabil apabila dia menemani pelawak popular itu di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Kecoh Betul, baru-baru ini.

4. Irma pernah dilihat memandu kereta Nabil memasuki perkarangan Sri Pentas TV3, tidak lama dulu. Apabila ditanya, Irma mengaku yang dia ada memandu kereta Nabil.

0 comments:

Post a Comment