Rihanna teruskan konsert di KL April ini


KECEDERAAN teruk yang dialami oleh Rihanna akibat diserang kekasihnya, Chris Brown, baru-baru ini nampaknya tidak menjadi penghalang buat penyanyi popular antarabangsa itu untuk terus mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur, berkemungkinan pada akhir April depan.

Menurut Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, Razman Razali, agen Rihanna di Los Angeles memberitahu pihaknya bahawa penyanyi berusia 20 tahun itu tidak mahu membatalkan konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13 Februari yang lalu dan ingin melihat tarikh yang sesuai untuk meneruskan konsert tersebut.

"Dia masih ingin mengadakan konsert di sini. Pihaknya akan menetapkan tarikh baru itu tidak lama lagi dan kita juga akan meneliti semula lokasi untuk adakan konsert tersebut.

"Apa yang pasti, konsert itu tidak dibatalkan. Kita akan maklumkan tentang tarikh baru konsert itu dalam masa dua minggu lagi. Tetapi, berkemungkinan besar ia akan berlangsung pada akhir April depan .

kredit: mstar

0 comments:

Post a Comment