Rima Melati dan Marcell berkahwin walaupun berbeza agama





























Majlis Resepsi Perkahwinan Rima Melati dan penyanyi terkenal, Marcell selamat diadakan dengan meriahnya pada 28 Januari lalu di Restoran Tepak Sireh, Singapura.

Pada tarikh keramat mereka - 28 Januari 2009, mereka sah menjadi suami isteri menerusi pernikahan yang dianggap Marcell sebagai rahsia Tuhan. Majlis pernikahan yang diadakan di Restoran Tepak Sireh, Singapura itu cuma dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Ternyata mereka berjaya mengadakan majlis dengan aman dan tertutup seperti yang mereka hajatkan.

Malah atas dasar kesederhanaan, mas kahwin juga tidak disediakan untuk pernikahan kali kedua Marcell mahupun Rima ini. Memilih tema biru untuk malam pernikahan mereka, Rima menyarungkan pakaian daripada L.A.B Bridal Couture. Majlis turut diserikan dengan nyanyian Imran Ajmain dan Man Toyak. Pastinya persoalan agama di antara pasangan ini menjadi bahan bualan ramai. Ternyata perbezaan agama di antara mereka bukanlah menjadi masalah untuk hati dan jasad bersatu.

Rima Melati beragama Islam sementara Marcell adalah penganut agama Buddha dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri. Bagaimanapun perbezaan itu bukanlah penyebab besar majlis tersebut dijalankan di Singapura. Tetapi memandangkan keluarga pihak perempuan lebih ramai bermastautin di Singapura, maka kota Singa menjadi tempat pilihan mereka.

Sebelum ini Marcell pernah menikahi penulis terkenal Dewi Lestari dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keenan berusia empat tahun. Manakala Rima pernah menjadi suri hati lelaki bernama Davin James Cook serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edga yang kini berusia 20 bulan.

Jodoh dan maut memangnya di tangan Tuhan. Siapa tahu perkenalan awal tahun 2006 sewaktu masing-masing masih bergelar suami dan isteri pasangan lain merupakan detik penyatuan mereka hari ini. Laman web Facebook menjadi penghubung dan akhirnya temu janji pertama pada April 2007 menjadi titik awal dan memori indah buat pasangan ini

0 comments:

Post a Comment