Scha tak kisah...



Pelakon baru Scha nampaknya sekarang semakin popular. Lakonannya juga sering dapat pujian. Kalau ada mutu mestilah dapat pujian.

Terbaru Scha dapat tawaran berlakon filem Evolusi KL Drift II di bawah arahan pengarah muda Shamsul Yusof. Bertuah Scha.

Tapi watak yang bakal dilakonkannya sebenarnya menggantikan tempat Diana Danielle kerana semasa skripnya ditulis, Shamsul membayangkan Diana sebagai pelakonnya.

Scha tak kisah ke? Okey ke jadi pelakon pilihan kedua?

"Scha tak kisah jadi second choise. Scha anggap ini sebagai rezeki Scha. Scha memang tahu watak asal Scha dalam filem ini asalnya untuk Diana Daniella.

"Scha terima tawaran ini kerana wataknya sesuai dengan Scha. Watal Aleya dalam filem ini digambarkan sebagai seorang yang lasak.

"Memang Scha lasak dan Scha rasa seronok melakonkan watak yang hampir sama dengan diri Scha sendiri.

"Dalam filem ini Scha berlakon sebagai seorang minah yang meminati kereta drift. Scha memang lasak dan meminatinya tapi tidak pandai drift kereta.

"Kalau ada adegan sederhana lasak yang membolehkan Scha buat sendiri, Scha memang bersedia,"

0 comments:

Post a Comment