Tak Salah Pergi Kelab Malam - Fizow



Bermula dengan karier sebagai pemain bola sepak, dan terus terjun ke bidang modelling dan akhirnya ke dunia lakonan, Fizow, 24, anak kelahiran Pasir Putih Kelantan ini memberitahu, tidak salah seseorang artis itu ke kelab malam sekadar untuk menenangkan fikiran.

"Masyarakat selalu mengangkap apabila seseorang artis itu ke kelab malam, pasti untuk mabuk dan cari perempuan. Sedangkan mereka kesana adalah untuk melepaskan kepenatan setelah sebulan bekerja di lokasi pengambaran." katanya kepada Jomstar.com

"Tipulah kalau aku cakap yang aku ni tak ke kelab malam. Tapi jangan salah anggap pulak. Aku kesana bukan untuk 'minum' tapi untuk melihat sendiri bagaimana orang yang mabuk apabila 'minum' benda tu."

"Sebagai pelakon aku kena tahu sendiri bagaimana keadaan orang mabuk. Nanti bila aku kena berlakon jadi orang mabuk taklah nampak kaku sangat." tambah Fizow lagi.

Ujarnya, sebagai seseorang yang mahu berjaya dalam dunia lakonannya, dia perlu banyak belajar, dan katanya lagi kebanyakkan ilmu lakonan dipelajari dari hasil tinjauannya terhadap masyarakat sekeliling.

"Walaupun aku masuk kelab malam, aku akan pastikan diri aku tak akan ambil 'benda' yang diharamkan oleh Allah tu." tegasnya.

Mengenai perkembangan terbaru, Fizow kini sedang sibuk menjalani proses pengambaran drama bersiri 'Bionic' terbitan KRU Motion Film.

0 comments:

Post a Comment