Uncle Bade Idola Liyana Jasmay



Mula melangkah ke dunia perfileman tanah air apabila beliau ditawarkan memegang watak Phim dalam filem "Castello", Liyana Jasmay tidak menoleh kebelakang lagi. Lakonan mantapnya didalam filem Castello membolehkan anak kelahiran Kuantan, Pahang ini diberikan kepercayaan untuk memegang watak dalam beberapa filem yang diarahkan oleh pengarah aksi terkenal Malaysia, Bade Hj. Azmi.

"Bagi Yana, Uncle Bade boleh dikatakan sifu dalam pembikinan filem," katanya Tambahnya lagi, Uncle Bade merupakan seorang pengarah yang fokus dan teliti dalam setiap babak yang hendak dihasilkan. Ini menyebabkan beliau teruja dalam memberikan lakonan terbaik dalam sesuatu babak yang dikehendakki oleh Bade.

"Sepanjang Yana berlakon filem dibawah arahan uncle Bade, dia selalu tunjuk ajar Yana kalau ada bab yang Yana tak faham," katanya

Ditanyakan mengenai masa depan, adakah beliau mahu menjadi seperti uncle Bade, Liyana menjawab;

"Kalau diizinkan Allah Yana nak jadi macam uncle Bade...jadi pengarah filem yang berjaya."

Mengenai hubungan rapatnya dengan seorang penyanyi remaja yang sedang meningkat naik namanya, Liyana pantas menafikannya.

"Kami kawan jer...tak lebih dari itu."

kredit: jomstar

0 comments:

Post a Comment