Adila Pelajar Pertama Yang Tersingkir

Adila atau nama sebenarnya Nas Adila menjadi pelajar pertama yang tersingkir di dalam konsert minggu kedua Akadami Fantasia Musim 7 (AF7), malam tadi.

Penyingkiran Adila diumumkan pengacara AC Mizal selepas peserta dari Johor Bharu itu menerima jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang terendah daripada penonton.

Pada konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104), di sini, pelajar berkenaan membawakan lagu medley Merawat Cinta Luka dipopularkan Liza Hanim dan Asyik nyanyian asal Amelina.

Dengan pemergiaan Adila, ini bermakna 13 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara AF7.

Pelajar terbaik minggu lalu, Hafiz meneruskan kecemerlangannya apabila mendapat pujian daripada tiga pengkritik tetap. Pengkritik tetap yang bertugas minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim. Dato' Khadijah Ibrahim pula tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain dan tugasan itu diambil oleh Dato' Yusni Hamid

kredit:murai.com

0 comments:

Post a Comment