Iqram Dinzly mula buat hal?


Kebelakangan ini , asyik dengar perkara yang kurang manis mengenai pelakon yang sering dikaitkan bercinta dengan Fouziah Gous. Siapa lagi, kalau bukan Iqram Dinzly. Biasalah, baik Fouziah dan Iqram kalau ditanya fasal hubungan mereka, mana nak mengaku sedang hangat bercinta. Mesti mereka akan cakap kawan-kawan saja.

sebuah program hiburan sensasi di sebuah stesen TV menemu bual Iqram kononnya dia tidak membayar selepas menyanyi di sebuah pusat karaoke.

Dalam nada yang agak emosi, Iqram memberikan jawapan secara sinis sambil mengeluarkan dompetnya membuktikan dia ada wang sekali gus menafikan gosip itu. Terbaru, dengarnya Iqram akan digugurkan daripada mengacarakan program Chopp! di TV9.

Khabar yang tidak sedap itu adalah mendakwa kononnya Iqram sudah naik tocang menggunakan pengaruh ‘orang kuat’ stesen TV yang dikenalinya untuk datang lewat atau sesuka hati saja dan menimbulkan banyak masalah sewaktu berada di set program secara langsung itu.

0 comments:

Post a Comment