Jurufoto Perjelas Aksi Cium Kepala

lihatlah aksi 'ciuman mesra' pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Aril, di kepala rakannya, Qhaud. Aksi itu dirakamkan selepas sidang media pengumuman 20 calon pelajar AF7, di ibu negara, baru-baru ini.

Jurufoto Astro, Mazlan Yunos, menjelaskan, aksi spontan dan lucu berlaku selepas dia meminta kesemua pelajar AF7 menunjukkan posing yang bertemakan 'Keakraban Seorang Sahabat'

"Jadi pada acara itu, mereka perlu mendapatkan seorang kawan untuk berposing dengan tema itu. Tahu sajalah, Aril itu memang seorang yang 'gila-gila'. Jadi dia secara berseloroh telah mencium kepala Ghaud dan itulah jadinya. Janganlah ada yang memandang serong dan berfikir bukan-bukan kerana di situ ada ramai saksi dan pelajar lain.

"Kita tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan ia sekadar suka-suka sahaja," jelasnya

kredit:murai.com.my

0 comments:

Post a Comment