Mais haramkan lagu Agnes Monica

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan lagu ‘Allah Peduli’ nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica daripada disiarkan di Selangor kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam selain penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu terbabit.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu itu bagi menggambarkan Jesus dan bagi sebarang kekeliruan, pihaknya mengharamkan lagu terbabit daripada berkumandang di negeri ini.

“Penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam seperti yang termaktub di bawah Bahagian 1 Jadual Kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, sebagai perkataan (Allah) yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam.

“Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan pegawai bertauliah mengenai perkara ini termasuk menarik semula edaran album yang mengandungi lagu berkenaan,”

kontroversi tercetus kerana ‘Allah Peduli’ dinyanyikan oleh Agnes yang beragama Kristian.

sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.

“Justeru saya minta pihak yang berkenaan sama ada di peringkat pusat supaya memantau isu lirik lagu ini dan mengambil tindakan tegas demi memelihara kesucian Islam,”

********************************************
Lirik Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku

0 comments:

Post a Comment