Nora Danish dan anaknya
















Selepas anaknya berusia dua bulan setengah, aktres Nora Danish Hanif, 27, hari ini secara rasminya bersedia perkenalkan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram kepada khalayak.

Nora akui memang dia merancang untuk perkenalkan Rayqal kepada orang ramai di majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anaknya yang berlangsung di rumah bekas mertuanya, di Ampang di sini pagi tadi.

“Saya fikir lebih mudah untuk perkenalkan Rayqal pada masa sekarang kerana dia sudah tidak meragam apabila sudah besar,” kata Nora yang juga bersedia merakamkan gambar bersama Rayqal jika dipanggil untuk sesi fotografi.

Bercerita tentang majlis tersebut, ia bermula dengan upacara marhaban, berendoi dan diikuti majlis cukur jambul mengikut adat dan budaya Melayu.

“Semasa beberapa orang memotong sedikit rambut Rayqal, dia tidak menangis dan diam sahaja.

“Kiranya, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar.

“Walaupun sederhana tetapi ia tetap meriah ditambah dengan kehadiran semua tetamu,” luahnya yang berdarah kacukan Melayu dan Myanmar.

Jelas Nora, setelah bercerai, kehidupannya lebih bermakna dengan adanya cahaya mata malah hubungannya dengan bekas suami dan mertua tidak pernah putus.

"Sekarang, saya selalu berulang-alik ke rumah bekas mertua dan kami berpakat menjaga Rayqal bersama-sama.

"Ikutkan saya dengan bekas suami memang tiada ikatan apa-apa, tetapi saya tetap rapat dengan bekas mertua.

"Jadi, saya terus bersetuju apabila mereka berniat hendak melakukan majlis ini.

"Lagipun Rayqal merupakan cucu dan cicit pertama dalam keluarga ini," tutur Nora dengan wajah yang tenang.

Pelakon utama drama bersiri Puteri ini juga tidak kisah seandainya Rayqal selalu datang ke rumah bekas mertuanya sekurang-kurangnya Rayqal mendapat lebih kasih sayang daripada mereka semua.

Majlis tersebut bermula pada pukul 10 pagi tadi dengan dihadiri oleh 150 tetamu termasuk keluarga bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 39 dan keluarganya.

Antara tetamu yang hadir adalah rakan artis seperti pelakon Lisa Surihani dan adik pelakon Umie Aida dan pengarah Erma Fatima, Betty.

0 comments:

Post a Comment