Senarai 20 Calon Pelajar AF7




Hasil dari penjelajahan ke 4 negeri, hanya 20 pelajar yang terbaik sahaja terpilih daripada beribu-ribu yang datang mencuba bakat dalam sesi uji bakat pada musim kali ini.

Dari 20 calon itu, tapisan akan berlaku lagi. Keputusan mutlak siapakah pelajar AF7 bakal kita ketahui pada program Tirai Akademi Fantasia 7 iaitu Sabtu dan Ahad ini, 7 & 8 Mac 2009.

"Kesemua 20 calon pelajar itu dimestikan menyertai Minggu Orientasi & Kem Muzikal (MOKM) yang meliputi pelbagai kelas-kelas bimbingan dan ujian kelayakan seperti vokal (teknik), vokal (persembahan), tarian, lakonan dan pelbagai lagi selama 6 hari bermula 1 Mac - 6 Mac 2009.

Daripada 20 calon itu, seorang peserta adalah artis rakaman iaitu Nas Adila manakala 2 lagi, Aril dan Abraham, adalah peserta program realiti TV. Abraham adalah Top 4 program One In A Million 2 dan Aril pula adalah pengacara dan peserta Gangstarz yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus.

Selain Aril, ada 2 lagi calon mempunyai ikatan dengan artis Isma dan Lizda. Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail adalah kakak kepada penyanyi Tomok dan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2. Manakala, Lizda pula isteri kepada pelakon drama terkenal, Ezany.

Senarai 10 calon pelajar lelaki
1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 10 calon pelajar perempuan

1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)



Adik Izwan Pilus, Khairil Azam Bin Pilus, KL, pereka grafik.

0 comments:

Post a Comment