Stacy Rimas Dilabel Agnes Monica




Apabila dibandingkan dengan penyanyi yang hebat dan popular, ia mungkin satu kebaikan tetapi apabila terus-terusan dilabel sebagai Agnes Monica Malaysia, juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy, mula rimas.

Semakin popular dengan single keduanya, Gagap, Stacy berkata, persamaan itu mungkin teletak pada konsep lagu mereka berdua yang berlatar belakangkan genre pop dance.

"Banyak bezanya antara saya dan Agnes sebenarnya. Secara fizikal, vokal dan konsep muzik. Cuma cuma minatkan lagu dan vokal Agnes. Dia bukanlah idola saya," kata Stacy.

Bercakap tentang album sulungnya yang sudah berada di pasaran, Stacy berkata album itu memberikan kepuasan buatnya dengan senarai lagu-lagu yang sama sekali mengikut selera peminat.

"Siapalah saya untuk disamakan dengan Agnes kerana punya nama yang cukup besar di Indonesia dan Malaysia," kata Stacy.
kredit:murai.com.my

0 comments:

Post a Comment