Hanya yang terbaik untuk anak-anak Ziela Jalil


Bergelar ibu adalah anugerah yang paling berharga buat semua wanita. pengalaman hamil lebih sembilan bulan, melahirkan zuriat dan kemudiannya mendidik anak hingga dewasa pastinya banyak mencatat kenangan. sudah semestinya juga bukan mudah untuk melalui semua itu. Pengorbanan demi pengorbanan dilakukan oleh seorang ibu demi anak-anaknya.

Menyedari akan jasa ibu yang tidak ternilai, seluruh dunia meraikan Hari Ibu sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Sempena hari yang bermakna ini, MW memaparkan kisah pahit getir serta kenangan indah artis jelita, Puan Sri Ziela Jalil atau lebih senang disapa Ziela bersama anak-anaknya, Puteri Julia Nabilah, 17 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 15 tahun. Sesi fotografi pada petang itu berlangsung dalam suasana yang begitu meriah tanpa sebarang protokol.

Sikapnya yang peramah dan suka menyakat membuatkan kami tidak kering gusi ketawa. Namun di sebalik wajah cerianya itu, ter galas tanggungjawab yang begitu besar terhadap keluarga. Pemergian suami tercinta, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob benarbenar menguji k esabaran dan ketabahan Ziela. Demi anak-anak tersayang, Ziela kuatkan semangat. Dia tidak mahu terus dirundung kesedihan sebaliknya mahu bekerja lebih keras untuk masa depan diri dan anak-anak.

Anak-anak adalah anugerah yang paling berharga buat saya. Lantaran itu, saya sentiasa ber usaha memberi hanya yang terbaik untuk mereka. Pengalaman menjadi ibu adalah saat yang paling bermakna. Ia mengajar saya erti kasih sayang dan kesabaran. Sejak Julia dan Jufri kecil lagi, saya sudah ajar mereka menghargai ibu dan menyambut hari istimewa ini. Sehingga kini setiap tahun, Julia dan Jufri tidak pernah lupa mengucapkan selamat Hari Ibu kepada saya. Paling istimewa, mereka akan buat kad untuk saya. Ucapan-ucapan yang diluahkan mereka dalam kad itu begitu menyentuh perasaan saya,cerita Ziela.

Hadiah istimewa
Ditanya mengenai hadiah yang diberikan anak-anak, Ziela tergelak besar mengenangkan kreativiti anak-anaknya. Julia dan Jufri pernah menghasilkan koleksi gambargambarnya dalam bentuk cakera padat dari dulu hingga kini. Itu antara hadiah paling manis yang mereka beri. Semasa Allahyarham masih ada, beliau dan anak-anak akan membeli barang kegemaran saya sebagai hadiah. Namun bagi saya, semua hadiah berupa material tidak penting jika dibandingkan dengan kasih sayang anak-anak dan Allahyarham, kata Ziela.

Dalam perbualan itu, Ziela mene gaskan semua sambutan Hari Ibu adalah kenangan indah dalam hidupnya. Ziela mengakui, walau ke mana pun kaki melangkah ingatan terhadap anakanak tidak pernah padam. Saya tidak betah berjauhan dengan anakanak dalam tempoh yang lama. Saya ingin sentiasa berada di sisi mereka. Jika ada tugasan di luar negara sekalipun, saya akan bawa mereka. Dalam apa perkara yang saya lakukan, anakanak tetap menjadi keutamaan, jelas Ziela.

Eratkan kasih sayang
Menyentuh mengenai Hari Ibu bersama ibunya, Fatimah Othman, 60 tahun, Ziela mengatakan dia tidak pernah didedahkan dengan budaya sambutan tersebut. Hanya apabila dia mempunyai keluarga sendiri barulah Hari Ibu itu dirai. Kebiasaannya, saya akan sambut. Hari Ibu bersama anakanak, ibu dan ibu saudara saya. Kami akan luangkan masa bersama seperti makan di luar atau sekadar menonton wayang. Masa yang dihabiskan bersama mengeratkan lagi kasih saying antara kami. Pada harihari istimewa seperti ini, saya akan memasak makanan kegemaran anakanak seperti Makaroni Goreng. Anak-anak memang sentiasa ternantinanti saat ini, kami akan makan bersama-sama dan bergurau senda, katanya.

Mama lembut tapi tegas
Sementara itu, Julia dan Jufri sempat berkongsi cerita dengan MW tentang pengorbanan ibu mereka. Kata Julia, mamanya seorang yang sangat tabah meskipun luarannya kelihatan cukup lembut. Mama seorang ibu yang sangat tabah. Dia tidak pernah menunjukkan kesedihannya di depan kami. Mama bekerja keras untuk menyara persekolahan saya dan adik. Secara luaran mama nampak lembut tapi hakikatnya mama sangat tegas. Mama mementingkan didikan agama dan sering ber pesan agar kami menjaga tingkah laku dan maruah diri serta k eluarga. Mama, you are the best mama in the world. I love you so much. Happy Mothers Day, Julia dan Jufri doakan mama bahagia dunia dan akhirat. Pengorbanan mama tidak mampu kami balas, kata Julia.

Mawar untuk mama
Sementara cerita Jufri pula setiap tahun, dia dan kakaknya tidak pernah lupa menghadiahkan jambangan bunga mawar kepada mamanya. Mereka akan meneruskan rutin Hari Ibu yang dilakukan oleh arwah papa mereka ketika hayatnya.

Jasa papa ada, dia tidak pernah lupa beri bunga mawar buat mama. Jadi kami juga lakukan perkara yang sama. Mama sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. Saya ingat lagi, mama tidak pergi ke Amerika selepas menang Anugerah Skrin kerana dia mahu berada di sisi Julia dan memberi sokongan kepada Julia yang sedang menduduki peperiksaan ketika itu.

Mama jalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik. Dia tidak pernah tinggalkan kami sendirian. Paling seronok, mama sentiasa menghargai anakanaknya. Saya pernah dihadiahkan permainan Xbox 360 ketika mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Boy (nama manja Jufri) sayang sangat pada mama. Tiada orang lain yang boleh ganti mama. Semoga mama bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat, ujarnya.

kredit:karangkraf.com

0 comments:

Post a Comment