“Jangan Cari Publisiti Murahan” - Ajai












Ajai menafikan semua cerita yang disampaikan oleh gadis yang bernama Sharifah Nor Idayu Syed Abdul Rahman, 22, yang merupakan seorang model dan pelakon baru.

“Saya anggap cerita ini sebagai sebahagian hal peribadi dan tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara ini. Bagi saya wanita itu sengaja mahu ambil kesempatan untuk tumpang populariti. Sebab itu dia tidak habis-habis bercerita tentang perkara ini. Memang saya mengenali dia, tetapi saya tiada sebarang hubungan istimewa dengan dia. Mungkin dia yang tersalah anggap.”

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis itu, Ajai memberitahu dia tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang selagi ia tidak menjejaskan maruahnya.

“Selagi perkara ini tidak menjejaskan maruah saya, saya tidak akan ambil sebarang tindakan. Tapi kalau dia melakukan sesuatu yang melampaui batas nanti, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah jangan cari populariti dengan buat publisiti murahan,” jelas Ajai yang turut menafikan dia pernah membuat panggilan video atau MMS kepada gadis itu.

kredit:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment