kamal dan intan cuma berkawan rapat



Kamal Adli adalah Juara Hero Remaja 2007/08 yang sedang meningkat naik sebagai bakat baru kacak yang serba boleh, baik dalam bidang lakonan atau pengacaraan. Dan baru-baru ini, ada gosip mengatakan anak muda ini kekasih baru Intan Ladyana dan kemungkinan penyebab perpisahan Intan dan bekas teman lelaki, Kevin Zahri.

Bila diminta penjelasannya mengenai khabar angin ini, anak kelahiran Pekan, Pahang ini yang ditemui pagi tadi sempena pengumuman 25 finalis peraduan Rekatee, sedikitpun tidak melatah. Sebaliknya, dia melihat cakap-cakap nakal ini sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi memandangkan dia seorang pendatang baru dalam industri.

Kisah cinta Uda dan Dara antara pelakon cantik, Intan Ladyana bersama pasangannya Kevin Zahri, seorang pakar kesihatan yang pernah bergelar tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF) suatu ketika itu. Selepas diteropong, dapat tahu, hubungan intim yang terjalin sejak tiga tahun lalu, sudah berdepan masalah.

Awal tahun ini, khabarnya hubungan cinta Intan dan Kevin tercalar, kononnya ada unsur-unsur cemburu, tapi selepas bertanya pada Intan sendiri, dia memberitahu, mereka sedang cuba memulihkan perhubungan itu. Namun, baru-baru ini, ada sumber berbisik, ikatan cinta antara Intan dan Kevin, sudah terlerai apabila ia tidak mampu diselamatkan lagi.

"Nampaknya macam itulah, Intan dengan Kevin dah tak ada apa-apa lagi, kami sudah lama tak berhubung. Susahlah abang, tak boleh nak bersama lagi, banyak sangat masalah. Daripada sakit kepala, lebih baik kami putus. Anggap saja antara kami dah tak ada jodoh, tapi hidup mesti diteruskan juga," kata Intan dalam nada perlahan.

Kevin cemburu sangat ke? Namun, Intan tak mahu komen mengenai hal itu kerana baginya ia terlalu peribadi untuk diperkatakan secara terbuka.

"Cukuplah, yang lepas tu, lepaslah," katanya yang meminta supaya isu itu tidak diperkatakan lagi.

Difahamkan, Intan dan Kevin masih menetap di kawasan perumahan yang sama, malah mereka masih boleh melihat kelibat kereta masing-masing sama ada mereka di rumah atau sebaliknya.

Dalam pada itu, difahamkan, kekosongan hati Intan sudah pun terisi apabila dia sudah menemui cinta baru, juga seseorang yang terbabit dalam industri seni, apa komennya?

"Kami masih berkawan, tapi belum serius, baru kenal empat, lima bulan lalu, macam mana nak bercinta, sekarang kami selesa sebagai kawan baik, ada rezeki, kami bertukar ke status yang lebih serius, kalau tidak, kekal sebagai kawan artis sajalah," kata Intan yang keberatan mendedahkan siapa lelaki yang kini berkawan baik dengannya.

kredit: berita harian

0 comments:

Post a Comment