Kes bicara harta sepencarian Noraniza Idris

Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 1,21 dan 23 Jun depan bagi perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian yang difailkan penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris terhadap bekas suaminya, penyanyi Fareez.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan tarikh tersebut setelah Fareez atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Tajudin, 45, gagal mengemukakan afidavit pembelaan bagi permohonan tersebut.

Penyanyi terkenal tahun 80-an yang kini telah berkahwin semula itu turut tidak menghadirkan diri bagi sebutan kes itu semalam.

Terdahulu, peguam syarie, Zuri Zabudi Budiman yang mewakili Noraniza, 41, memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang jawapan daripada Fareez.

Sehubungan itu, mereka memohon supaya mahkamah meneruskan perbicaraan setelah beberapa kali kes itu ditangguhkan.

Menurut Noraniza, bekas suaminya itu telah berjanji untuk menyerahkan separuh daripada harta sepencarian mereka selama 18 tahun berkahwin.

Harta yang dituntut ialah sebuah rumah dan sebuah rumah kedai tiga tingkat.

0 comments:

Post a Comment