Sharifah Aleya selamat lahirkan kembar perempuan

Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 26 selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi tadi di sebuah hospital kerajaan.

Leya yang dihubungi sebentar tadi melahirkan rasa syukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk bersalin secara normal tidak kesampaian.

"Syukur alhamdulillah. Saya gembira dapat melihat wajah anak-anak saya.

“Memang agak kecewa kerana tidak dapat bersalin normal kerana doktor kata ada komplikasi.

“Tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan caesar,” luah anak sulung kepada pelakon dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.

Leya yang bersalin tiga minggu awal ini berkata dia belum dapat memberitahu nama dua orang puteri kembarnya itu.

“Setakat ini, nama untuk bayi dah ada, cuma belum ‘finalise’ lagi,” jelas Leya.

Keceriaan jelas terpancar menerusi nada suara Leya yang kini telah menyandang gelaran ibu.

Tambahnya, “Saya sudah tak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu.”

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment