Bekas pelajar AF5 ditahan positif dadah?

SEREMBAN 17 Julai - Seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) bersama tiga rakannya ditahan dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri di sebuah pangsapuri di Kampung Sentosa, dekat sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, bekas pelajar berusia 23 tahun itu didapati dalam keadaan khayal bersama tiga rakannya yang berusiaawal 20-an.

Pengarah AADK Negeri Sembilan, Abdul Rahman Hamid berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan aduan orang awam.

"Hasil ujian air kencing, mereka didapati positif dadah jenis kanabis.

"Kita dapati seorang daripada suspek merupakan bekas pelajar AF dan pelakon, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam tempatan dan dua lagi penganggur," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, buat masa ini, mereka akan ditahan reman sebelum diambil tindakan selanjutnya.

"Kita telah memaklumkannya kepada pihak polis dan tindakan tetapakan diambil tanpa mengira status apabila melibatkan soalpenyalahgunaan dadah.

"Bagaimanapun, perkara ini mendukacitakan kerana suspek seorang yangdikenali ramai dan seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat," ujarbeliau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten KomisionerSaiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Memang ada tangkapan dibuat tetapi kes itu di bawah siasatan AADK negeri," katanya.

0 comments:

Post a Comment