Hantu Jacko di bonet kereta



STAFFORD - Seorang lelaki, Gary Sloggett yang berumur 43 tahun terkejut apabila dia mendapati terdapat wajah mirip penyanyi Michael Jackson pada bonet keretanya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wajah Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup itu dapat dilihat di bonet kereta jenama Rover, 13 jam selepas penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Gambar Jacko itu dirakamkan oleh Sloggett ketika dia mengambil gambar keretanya itu untuk dihantar kepada sebuah majalah jualan kereta.

Dia kemudian memuat naik imej itu di komputer dan berasa terkejut selepas mendapati terdapat wajah mirip Jacko di bonetnya.

"Ia sungguh luar biasa. Penjelasan yang munasabah ialah terdapat pembentukan awan yang terjadi ketika gambar itu dirakamkan," kata Sloggett.

Gambar Jacko itu dibentuk oleh awan menyebabkan bayangannya itu dapat dilihat pada bonet kereta Sloggett yang berkilat

kredit:kosmo

0 comments:

Post a Comment