Jacko dikebumi tanpa otak


Jenazah penyanyi terkenal, Michael Jackson akan dikebumikan pada Selasa ini tanpa otaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Keluarga Michael terpaksa mengebumikan penyanyi itu tanpa otaknya kerana ia cuma boleh dikembalikan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas ujian dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Jurucakap pihak berkuasa di Los Angeles, Craig Harvey mengesahkan ujian neuropatologi akan dilakukan bagi mencari petunjuk yang menyebabkan kematiannya.

Namun, ujian itu tidak dapat dilakukan dengan segera.

Ujian itu perlu dilakukan dua minggu selepas kematian Michael pada 25 Jun lalu.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia di rumah sewanya di Beverly Hills selepas degupan jantungnya berhenti.

Sumber-sumber di pejabat koroner menyatakan otaknya sudah dikeluarkan sebelum mayatnya dihantar kepada keluarganya.

Seorang anggota forensik akan menguji otak Jacko bagi mengetahui tahap penggunaan ubat-ubatan.

Ujian itu boleh menunjukkan sebarang penggunaan alkohol dan penyakit yang dihidapi oleh Jacko.

Menurut bekas koroner dan salah seorang tokoh forensik patologi iaitu Dr. Cyril Wecht, otak tidak boleh diperiksa ketika bedah siasat dilakukan.

"Anda tidak boleh membuat ujian jika otak itu berada dalam tubuh. Justeru, ia perlu dikeluarkan," katanya.

Pada kebiasaannya, otak itu akan diletakkan di dalam sebuah bekas plastik yang dicampurkan dengan bahan pengawet iaitu cecair formaldehid sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.

kredit:kosmo

0 comments:

Post a Comment