My Life My Secret - Krisdayanti

JAKARTA - Ini bukan gosip! Krisdayanti pernah menjadi penagih dadah syabu, menjalani pembedahan plastik dan hampir dicerai oleh suaminya iaitu Anang Hermansyah, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua itu diakui oleh penyanyi itu dalam buku barunya berjudul My Life My Secret.

Buku itu menggambarkan ungkapan rasa bersalahnya.

Dia mengaku menggunakan syabu pada 1998.

Namun, dia menjalani rawatan pemulihan sehingga sembuh daripada ketagihan dadah.

"Tahun 1999, ketika itu Krisdayanti terkenal tetapi sebenarnya ada tonggak berbahaya iaitu ubat," jelas penulis buku tersebut, Alberthiene Endah.

Krisdayanti mengaku dia turut jauh daripada mengingati Tuhan kerana kesibukan.

"Kesibukan saya membuat saya enggan mengucapkan syukur," katanya yang mengaku ketika itu dia memiliki banyak wang untuk membeli syabu yang mahal.

Dia turut mendedahkan keberaniannya melakukan pembedahan plastik dalam buku tersebut.

"Ketika saya buka baju dan telanjang di depan cermin, saya mengucapkan syukur. Tetapi setelah hamil, naik 30 kilogram.

Tubuh sayaada struktur-struktur lemak. Oleh itu, saya melakukan pembedahan dan bentuk badan saya menjadi lebih bagus," katanya.

Dalam bukunya tersebut, kehidupan seksnya dengan Anang turut didedahkan.

Menurut penulis itu, antara perlakuan seks Krisdayanti ialah dia memakai stoking jaring-jaring dengan tujuan untuk mecetuskan keghairahan Anang.

0 comments:

Post a Comment