Radhi OAG: Isteri saya minta cerai kerana telah tiduri lelaki lain!


Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam susasana agak 'panas' apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.

Jelas Radhi, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan Shazlin curang dengannya.

"Saya ada bukti SMS cinta dia dengan lelaki itu berbunyi 'Baby, I miss you' dan dia pun sudah mengaku tadi.

"Dia minta maaf kerana seksa saya setahun lebih dan nak saya ceraikan dia," luah Radhi dalam nada kesal di luar mahkamah.

Tambahnya lagi, "Saya sudah tahu lama tentang hal ini dari telefon bimbit dia, tapi saya boleh maafkan sebab ia mungkin SMS saja."

Kata Radhi lagi, dia baru mendapat tahu nama lelaki itu beberapa hari lepas yang merupakan bekas suami seorang pelakon.

Pada bulan Jun, Radhi OAG selaku defendan berdepan dengan waran tangkap buat kali kedua kerana gagal menghadiri prosiding permohonan lafaz cerai oleh isterinya Shazlin Shariff (plaintif) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Semenjak kes difailkan isterinya tahun lalu, Radhi cuma hadir sekali sahaja perbicaraan.

Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Plaintif memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu.

Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Mohd. Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon.

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment