Adam: Saya Tak Kisah Kena "Reject"



Saya tidak nafikan memang pada asalnya pihak pengurusan (KRU Studios) mahu saya yang memegang watak Nik. Tetapi setelah saya pergi ‘casting’ di TV3, mereka tidak mahu saya berlakon kerana mereka takut saya tidak boleh ‘deliver’ watak itu. Saya terima alasan itu dan sama sekali tidak berjauh hati.

“Mungkin itu bukan rezeki saya. Memanglah agak kecewa kerana tidak dapat membawakan watak superhero, tetapi setiap yang terjadi itu ada hikmahnya,” ujar Adam yang ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) baru-baru ini.

Ditanya apakah hikmah disebalik kejadian itu, Adam memberitahu selepas tidak berjaya memegang watak Nik, dia telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pdoduksi lain dengan menerbitkan telemovie berjudul ‘Wira Malam’ yang disiarkan di saluran Astro Ria pada 19 Jun lalu.

“Kalau saya sibuk berlakon dalam drama ‘Bionik’, pasti saya tidak berkesempatan muncul dengan telemovie ini. Saya memang sudah lama teringin melakonkan watak superhero yang dicipta oleh saya sendiri. Lebih istimewa, saya diberi kepercayaan untuk mengarahkan telemovie ini,” tambah Adam lagi.

Walaupun Adam menerima ‘penolakan’ dirinya sebagai satu perkara positif, tetapi dalam masa yang sama insiden tidak diterima sebagai pelakon utama itu seolah-olah memberi tanda yang dia bukanlah seorang pelakon yang baik.

Mengulas tentang pendapat tersebut, Adam memberitahu yang dia tidak merasakan bakat lakonannya diperlekehkan oleh pihak TV3, tetapi dia percaya TV3 ada alasan yang lebih baik. Bagi Adam, mungkin TV3 inginkan bakat baru untuk dipertontonkan kepada penonton setia mereka.

Dalam perkembangan lain, penyanyi, komposer, pelakon dan pengarah muda ini rupa-rupanya sedang sibuk dengan pelbagai projek bagi memastikan bisnesnya berkembang maju.

Pertama, telemovie ‘Wira Malam’ akan difilemkan tidak lama lagi. Sekarang ini, Adam sedang sibuk membuat persiapan. Jika semuanya berjalan lancar, filem ini akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan.

Kedua, Adam juga sibuk menguruskan kerjaya artis naungan syarikatnya, Aico Entertainment Zone iaitu Bad Boys. Kumpulan ini baru sahaja melancarkan tiga single terbaru mereka. Salah satu daripadanya “Sayang Ku Janji” telah pun mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan.

Selain itu, Adam juga akan muncul dengan single terbaru berduet dengan Stacy AF. Single berjudul “Menggegar Dunia” ini merupakan hasil gubahan Edry Kru.

Menyentuh tentang perihal peribadinya, Adam yang pernah digosipkan dengan rakan seperjuangannya, Farah AF ini mengakui yang dirinya sekarang ini masih lagi sendiri.

“Buat masa ini saya masih tidak mempunyai sesiapa. Bukan tidak mahu bercinta, tetapi kesibukkan saya membuatkan saya tidak berkesempatan memikirkan perkara-perkara lain. Kalau sudah ada nanti, saya akan beritahu.”

kredit:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment