Diana Danielle Cuba Jernihkan Nama


Enggan dilihat sebagai anak seni yang sudah pandai meletak harga pada bakatnya, Diana Danielle, 18, tampil memberikan penjelasan atas penarikan dirinya dari teater 'Natrah'.

Dalam laporan Harian Metro - 'Bukan rezeki saya' - Diana menjelaskan pengarah 'Natrah' Erma Fatima sudah awal-awal memaklumkan bayaran yang diberikan dalam lingkungan RM10,000. Tetapi masalah timbul apabila jumlah itu dikurangkan kepada RM7,000 selepas tarikh pementasan ditunda dari 17 November ke 30 November. Apabila dia cuba untuk meminta bayaran lebih, pihak Istana Budaya bersetuju menambah RM500 sahaja.

Kata Diana yang tidak kisah dengan jumlah bayaran, perubahan ini membawa masalah kepadanya, ditambah pula dia mempunyai komitmen lain pada tarikh baru persembahan 'Natrah'.

"Bayangkan jika bayaran sebegitu yang saya terima untuk latihan lebih sebulan, ini bermakna saya hanya mendapat RM100 sehari untuk segala komitmen yang saya berikan," cerita Diana yang telah menolak dua tawaran lain untuk terlibat dalam 'Natrah'.

Kepada Berita Harian pula - 'Bukan demand' - Diana meminta agar isu ini tidak diperbesarkan lagi. Katanya, masalah ini mungkin tidak timbul jika poster 'Natrah' yang menampilkan gambarnya tidak dinaikkan terlebih dahulu.

Tambah Diana, penarikan dirinya bukan kerana isu bayaran tetapi "soal masa yang saya laburkan untuk memberi tumpuan kepada teater ini, saya mohon sedikit pengertian dan rasa timbang rasa daripada pihak sana bagi mempertimbangkan soal pembayaran."

kredit:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment