Hos Pemburu Hantu tak hadir kes khalwat


Seorang hos rancangan mistik, Pemburu Hantu dan tunangnya, seorang penolong penerbit di saluran berbayar Astro ditegur hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana gagal hadir bagi sebutan kes khalwat mereka dengan kedua-dua memberi alasan demam.

Hakim syarie, Ghazali Ahmad yang kelihatan berang dengan alasan tersebut turut menegur penjamin pasangan berkenaan yang gagal memastikan kehadiran pasangan itu.

Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dan Ziffa Zubir, 28, masing-masing sepatutnya dihadapkan ke mahkamah bagi tuduhan khalwat di sebuah apartmen di Petaling Jaya, mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Namun, penjamin mereka yang hadir memaklumkan pasangan tersebut mengambil cuti sakit kerana kedua-duanya demam.

"Takkan kedua-dua demam? Sakit sangat sampai tak boleh datang!" selar Ghazali yang seolah-olah kurang percaya sijil cuti sakit yang dikemukakan pasangan itu.

"Kamu sepatutnya sedar tugas sebagai penjamin, bukan senang, kena penjara pun boleh, jadi sekiranya tidak hadir, penjamin kena bayar RM3,000 setiap seorang, kamu nak bayar ke?" soal beliau dengan nada serius.

Sehubungan itu, Ghazali memberi amaran kepada penjamin itu supaya memastikan kedua-dua tertuduh hadir pada sebutan akan datang bagi tuduhan dibacakan.

kredit:kosmo

0 comments:

Post a Comment