Kata dua kepada Manohara - Model Indonesia diberi tempoh seminggu fail pembelaan


Mahkamah Tinggi Syariah di sini memberi tempoh tujuh hari berkuat kuasa semalam kepada Manohara Odelio Pinot, isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra untuk memfailkan hujah pembelaan bertulis.

Arahan itu dibuat ekoran kegagalan defendan berbuat demikian walaupun perintah mahkamah telah dikeluarkan sejak 2 Ogos lalu terhadap tuntutan dua saman oleh plaintif melalui peguamnya, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari.

Dua saman tersebut ialah Manohara dituntut supaya kembali taat kepada suaminya manakala saman kedua berkaitan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250.

Hutang itu termasuk pemberian jam jenama Audemars Piguet bernilai RM174,000 dan selebihnya adalah kiriman wang sebanyak enam kali bagi kegunaan defendan dan ibunya.

Ketika prosiding, peguam Manohara, Mohamad Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie berhujah bahawa kegagalan pihaknya berbuat demikian kerana berlaku beberapa kekeliruan terhadap kedua-dua tuntutan yang dibuat oleh plaintif.

Alasan tersebut mencetuskan perang mulut seketika antara peguam plaintif dan peguam defendan

kredit:kosmo

0 comments:

Post a Comment