Nora Danish jadi puteri bunian yang 'gedik'


BUKAN mudah menyelami dunia bunian yang penuh ilusi dan mistik, melainkan daya kreativiti kita menjangkau ke daerah itu. Kesempatan menonton drama bersiri 'Sumpah Bunian' di TV9 baru-baru ini membuahkan satu pengamatan yang menarik.

Bagaimana sebuah imaginasi bunian yang dilahirkan di abad ini jauh berbeza dengan bunian intepretasi Seniman Agung P. Ramlee pada tahun 60-an.

Sudahlah jalan ceritanya agak sukar diterima, dunia bunian yang dilakarkan silap-silap boleh mengelirukan fikiran.

Dizahirkan mengelirukan fikiran. Dizahirkan bunian itu dengan sifat serba putih pakaiannya, dengan sentuhan ajaib dalam satu dunia mistik ala manusia.

Puteri Buniannya pula adalah aktres comel Nora Danish yang manis bertudung serta berpakaian putih.

tidak tahu hendak ketawa atau geram bila tengok puteri bunian gedik iaitu Nora Danish yang asyik melayan cintanya dengan manusia biasa bernama Adam.

Bertambah lucu, bila nenek puteri bunian mencubit Puteri Bunian agar menjaga tingkah laku. Nampak 'murah' dan 'jatuh standard' bunian bila dizahirkan begitu rupa.

Sewaktu bapa Puteri Bunian ingin memulihkan Adam,gayanya pula persis bayangan tok pawang dengan menteranya.

Sedangkan pengetahuan kita tentang alam bunian atau makhluk halus ini begitu terbatas sekali, masakan kita dapat menelah apa sebenarnya yang berlaku di dunia mereka.

Bukan tidak percaya kewujudan insan bunian tetapi hukum akal kita tidak mampu memberikan gambaran tepat tentang makhluk itu.

Tetapi apabila ditokok tambah dan terhasillah cerita berupa 'Sumpah Bunian' dah jadi macam kartun pula. Walau apapun, Kakak Tua rasa ramai yang akan terpaku menonton cerita pelik ini kerana tarikan subjek 'bunian' yang dipilih.

kredit:kakak tua-mstar

0 comments:

Post a Comment