Rabecca tak percaya bakal suaminya kaki pukul!





“SAYA tak percaya dia kaki pukul kerana dia seorang yang lemah-lembut dan baik hati..,” kata pelakon cantik campuran Indonesia -Arab-Melayu-Cina, Rabecca Nur Al-Islam Ahmad setelah ditanya tentang bakal suaminya, duda anak dua.

Persoalan itu timbul setelah ada dakwaan daripada sumber yang tidak dikenali mengatakan Rabecca disyaki sedang bercinta dan bakal berkahwin dengan lelaki yang didakwa kaki pukul itu.

Semuanya gara-gara Rabecca pernah menyebut tentang pilihan hatinya iaitu duda anak dua dalam sebuah akhbar tabloid.

Malah, sumber itu juga menjelaskan yang anak duda itu memberitahu pernah melihat gambar Rabecca berpelukan dengan bapanya.

Nama dan pekerjaan lelaki itu juga didedahkan oleh sumber itu tetapi setelah disahkan dengan gadis yang mesra dengan gelaran Becca ini, dia menafikannya.

Sambil ketawa, Becca memaklumkan yang lelaki itu bekerja sebagai peguam dan merupakan sepupu kepada salah seorang penyanyi terkenal.

Ternyata Becca lebih mengenali duda itu setelah berkenalan sejak dua tahun lalu. Dia juga mengaku rapat dengan dua orang anak duda itu yang berusia 13 tahun dan 7 tahun termasuk ahli keluarganya yang lain.

“Tahun lalu, saya mengikut dia pulang ke kampungnya tetapi tahun ini saya tak dapat sebab saya sibuk dengan majlis ‘reunion’ bersama kawan-kawan yang satu sekolah dengan saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru, Johor Bahru.

“Waktu saya kenal dia pun, dia sudah bercerai dengan bekas isterinya. Jadi agak lama juga dia menduda sehinggalah kami bertemu pada dua tahun lalu.

“Kami diperkenalkan oleh rakan saya dan waktu itu saya hendak menjual insurans kepadanya kerana selain berlakon, saya juga membuat kerja sambilan sebagai ejen insurans Arab-Malaysian. Tetapi sekarang saya dah tak jual insurans lagi kerana dia tak izinkan.

“Sejak dari kami berkawan, dia juga memperkenalkan anak-anaknya dan saya suka berborak dengan mereka yang suka bercerita.

“Saya juga dah rapat dengan keluarganya yang datang dari orang baik-baik dan golongan beragama.

Kalau jodoh kami panjang, saya tak nak bertunang tetapi terus nak nikah dan majlis itu perlu dilakukan di kampung saya di Johor Bahru, Johor,” ujar sepupu kepada pelakon Zizie Izette ini yang mengimpikan perkahwinan yang sederhana.

Diikutkan, memanglah Becca teringin untuk menamatkan zaman bujangnya secepat yang mungkin namun disebabkan pasangannya itu berstatus duda, banyak perkara yang perlu diambil kira.

“Kalau tanya kepada saya, lagi cepat lagi saya suka. Tetapi saya kena fahamlah yang saya berkahwin dengan duda.

“Jadi banyak perkara kena fikir seperti tarikh pernikahan mesti waktu cuti sekolah agar anak-anak dia dapat turut serta dalam majlis itu. Nantilah, kalau dah tiba masanya saya akan beritahu,”

kredit:mstar

1 comments:

Hello all,

We would like to invite you to promote your blog on our blogosphere. It has similar functions as Innit and Digg. Totally free!

Join now: Malaysian Blogger

Malaysia Boleh!

 

Post a Comment