Rayyan permata hati, pembakar semangat Nana




Baru berusia 25 tahun, namun wanita yang baru bergelar ibu t unggal ini tampak begitu ceria. Melihat gelagat si kecil yang mudah mesra serta pandai mengambil hati orang yang berada di sekelilingnya ini, fahamlah bagaimana Nana boleh kelihatan bersemangat dan cekal seperti hari ini. Malah, penyanyi ini sendiri mengakui dirinya amat terhibur dengan keletah manja Rayyan. “Dialah penghibur waktu Nana kesedihan. Dia juga tak banyak ragam. Ke mana pergi, dia memang pandai bawa diri. Ada saja gelagatnya yang membuatkan bukan saja saya, tapi orang di sekelilingnya tertarik dan sukakan dia.

“Sejak melahirkan Rayyan sehingga sekarang, Nana tak pernah berenggang dengannya. Malah Nana juga menjaganya sejak bayi sampai sekarang. Walaupun sudah mula bekerja sejak lapan bulan lalu di City University College of Science and Technology, Petaling Jaya, tapi Nana tidak serahkan Rayyan untuk dijaga oleh mana-mana pengasuh. Nana lebih percayakan keluarga sendiri yang men jaganya.

“Kalau bukan dengan keluarga Nana sendiri, Faizal atau keluarga mentua. Tambahan pula, sekarang banyak kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku kepada anak-anak di nurseri, Nana makin sukar percaya jika Rayyan dijaga oleh orang luar. “Nana sebenarnya rasa lebih puas dapat jaga Rayyan dan melihat dia membesar depan mata sendiri. Mujur juga, dalam keadaan begini ada ibu dan ayah yang banyak membantu saya. Rayyan, permata hati Nana sememangnya pembakar semangat Nana. Bila melihat dia, Nana jadi kuat dan bersemangat. Sedih pasti ada, tapi terubat sedikit bila mengenangkan orang di sekeliling terutamanya Rayyan,” cerita Nana sambil mengusik Rayyan yang begitu asyik memerhatikan wajah ibunya disolek.

Kata orang, rezeki ada di mana-mana asalkan kita mampu berusaha. Walau sedang dalam situasi yang tidak menggembirakan bila rumah tangga yang dibina menemui kegagalan namun Nana tetap bersyukur kerana kerjaya seninya masih tidak berakhir. Masih ada tawaran nyanyian yang diterimanya. Katanya mungkin inilah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Untuk itu dia harus tabah dalam meneruskan kehidupannya bersama anak.

“Bohong kalau Nana kata tak sedih atas apa yang berlaku. Tetapi sudah suratan sebegitu, Nana terima dengan baik. Setakat ini, kes itu sudah selesai, saya diceraikan dengan talak dua. Cuma, November nanti Nana akan ke mahkamah semula atas urusan hak penjagaan anak dan hak-hak lain. “Soal trauma, memang ada pada mulanya. Nana terfikir juga kenapa perkara ni harus terjadi pada diri Nana. Tapi bila fi kirkan lebih dalam, Nana cuba tenangkan hati dan fikir baik dan buruknya . Nana perlu berfi kir secara positif.

“Tak perlu terlalu memikirkan kesedihan sebab ramai orang lain yang nasibnya lebih teruk dari Nana. Nana se benarnya harus bersyukur sebab semua ini pun terjadi ketika Nana masih muda. Nana masih kuat lagi untuk bekerja dan menyara hidup. Bayangkan kalau Nana dah tua di ambang empat puluhan, susah pula nak buat apa-apa. “Rezeki itu mungkin ada, tapi kalau dah berada di usia begitu, badan sudah tak kuat untuk bekerja keras. Sekarang alhamdulillah, banyak juga tawaran yang Nana terima,” katanya sambil memberitahu dia tidak mahu memikirkan lagi soal jodoh kali kedua. “Bukan sebab serik, tetapi biarlah semuanya reda dahulu. Kalau ada jodoh takkan ke mana. Kalau tiba masa itu nanti, Nana mahu lelaki itu nanti boleh terima Nana dengan Rayyan sekali. Sebab Nana bukan seorang. ana ada Rayyan,” ulas Nana.

Bercerita mengenai aktiviti seninya kata Nana dia masih aktif menjayakan persembahan,begitu juga dalam menghasilkan album. Terbaru, katanya dia bakal muncul dalam album duet bersama Achik yang kini masih dalam proses pembikinannya. “Insya Allah, bulan depan semuanya selesai. Mengikut perjanjian, ini merupakan album terakhir Nana dengan Achik, dan berkemungkinan selepas itu Nana akan muncul secara solo.

“Sebenarnya, Nana rasa seolaholah diberikan peluang kedua selepas apa yang berlaku. Iyalah, Nana berkahwin dalam usia yang muda dan kemudian Nana kurang terlibat dalam aktiviti seni. “Tapi kini tawaran makin banyak dan Nana rasa inilah waktu terbaik untuk kejar kembali kerjaya Nana. Nana nak bekerja lebih keras demi Rayyan. Nana tak mahu Rayyan hidup susah dan dilalui apa yang dialami oleh anak yang mempunyai ibu bapa yang bercerai. “Nana tak mahu orang bercakap macam-macam. Biarlah Nana jadi ibu tunggal yang berjaya bukan hanya dalam kerjaya, tetapi juga berjaya mendidik anak dengan baik.

“Lagipun, Nana dan Faizal masingmasing sepakat, kasih sayang kami diberikan sama rata pada anak. Walaupun kami dah bawa haluan masing-masing, tapi hubungan kami masih hubungan baik. Kami sama-sama mengutamakan kepentingan Rayyan,” jelasnya. Dalam pada itu katanya, walaupun makin sibuk dengan aktiviti seni, dia tiada masalah untuk membahagikan masa antara karier dan juga Rayyan. Biarpun berpisah namun Faizal membantunya menjaga anaknya. “Biasanya, hari minggu Faizal akan ambil Rayyan. Tapi, kalau Nana ada ‘show’ dan tak dapat menjaga Rayyan, Faizal juga tak keberatan menjaga Rayyan. Begitu jugalah sebaliknya,” kata Nana yang positif menghadapi hari-hari mendatang.

kredit:karangkraf

0 comments:

Post a Comment