Suami Ida Nerina lafaz cerai di Hari Raya kedua



Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres veteran itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.

Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu.

"Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz cerai.

"Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi," kata sumber itu.

Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.

"Saya tengah sibuklah..," jawab abang kepada bekas pemain drum kumpulan OAG dan pelakon Qushairi atau Qi ini ringkas ketika dihubungi dan terus memutuskan talian.

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mengesahkan berita perceraian Ida, ibu saudara Ida iaitu pengarah Rohani Yusoff dalam nada marah-marah dan sinis enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Bagi saya, benda yang elok kita ceritakan dan yang tak elok kita diamkan..," ujarnya ringkas sebelum memutuskan talian.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment