Pertaruhan 'Kelakar Tak Ingat' Raja Lawak 4


PROGRAM realiti bakat komedi, Raja Lawak Astro bakal kembali untuk musim keempat dengan tema 'Kelakar Tak Ingat', bermula 24 Disember ini.

Lebih segar dan lucu, kembara Raja Lawak diteruskan dengan mempertaruhkan tema ini agar diterima sebagai sebuah program hiburan yang benar-benar santai dan ringan

Tema 'Kelakar Tak Ingat' ini mudah difahami, ringkas dan bersesuaian sekali untuk pengisian komedi yang bakal kami tampilkan di musim ini.

"Ia juga satu tema yang sinonim untuk menggambarkan tahap kelucuan, jenaka dan hiburan yang dipersembahkan oleh peserta dan program ini secara keseluruhannya," jelasnya.

"Barisan juri tetap dan peserta musim ini juga boleh dianggap sebagai lebih lawak dan kelakar, di mana kami yakin ia mampu untuk menarik lebih ramai penonton berbanding musim-musim yang lalu

Menampilkan 10 finalis, musim keempat ini bakal membariskan enam peserta solo iaitu Alex atau Alexander Ahat, 28 (Sabah), Aman atau Zulkefli Abu Bakar, 28 (Johor), Caca atau Abdul Halim Abdul Malek, 31 (Kedah), Faiz atau Khairul Faiz Sulaiman, 18 (Perak), Idlan atau Khairul Idlan Abdul Razak, 21 (Kedah) dan JD atau Ahmad Zaidi Masri, 30 (Perak).

Sementara empat kumpulan yang bakal bersaing ialah kumpulan Kecik yang dianggotai Achoe atau Mohd Ilham Rusdy, 19 dan Wan atau Safuan Madeaming (Sabah), kumpulan Mamu yang terdiri daripada Ajo atau Wan Azrul Azizan, 24 dan Abu atau Abu Musarrif Abu Bakar, 21 (Pulau Pinang), kumpulan An2 - Ijal atau Rosshahrizal Bachok, 24 dan Tepet atau Raja Nor Shafiq Azraie Shah, 20 (Johor) dan kumpulan Wili yang menggabungkan Wira atau Ismawira Bahdun, 22 dan Ali Black atau Mohammad Ali Maula Ahmad, 24, masing-masing dari KL dan Perak

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat musim ini menerusi Al-Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 24 dan 25 Disember 2009, jam 9 malam.

Ceritera Raja Lawak Astro yang memaparkan segala gelagat, aktiviti dan rutin harian finalis akan membuka tirai tahun 2010 apabila disiarkan pada 1 Januari 2010.

Sedikit berbeza daripada musim lalu, Gelanggang Raja Lawak yang bersiaran pada hari Jumaat, bagaimanapun akan bertukar siarannya pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 3 Januari 2010 pada musim ini

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment