Remy Punca Suami Larang Rita Berlakon Drama ‘Suraya’?


"SIAPA jahat mulut ni...siapa cakap macam tu?” soal pelakon cantik Rita Rudaini Mokhtar setelah disoal mengenai khabar angin yang mengatakan suaminya, Aidil Zafuan Abd Radzak menghalangnya berlakon drama berjudul Suraya kerana aktor Remy Ishak turut membintangi drama itu.

Baru-baru ini, sebuah laman web hiburan melaporkan Aidil, pemain bola sepak kebangsaan tidak senang duduk setelah isterinya itu menerima banyak tawaran berlakon.

Aidil dikhabarkan menghalang Rita berlakon kerana seorang pelakon kacak yang dibelasah baru-baru ini, Remy Ishak turut berlakon sama.

Laman web itu juga mengatakan Remy dan Rita pernah mempunyai sejarah berlakon bersama dalam drama Jalan Pintas Ke Neraka termasuk berlakon dalam satu babak di bilik air.

“Tak baik tuduh macam tu. Saya tahu suami saya dan tahu kenapa saya tolak berlakon Suraya.

“Kenapa nak buat cerita yang bukan-bukan dan tidak masuk akal? Berdosa tau... lagipun saya tiada babak dalam bilik air,” jawabnya lagi penuh dengan rasa terkilan.

Menurut Rita, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu menjaga anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang baru berusia lima bulan.

“Saya tolak untuk berlakon drama Suraya kerana masa tu saya baru dapat pembantu rumah.

“Jadi, saya tak berani nak tinggalkan anak saya dengannya sebab tak tahu dia boleh buat kerja dan menjaga anak saya atau tidak.

“Apabila saya fikir-fikir semula, lebih baik saya tolak. Saya berasa takut juga jika berlaku perkara yang tidak elok kepada anak saya,” tegas Rita yang sudah mula berlakon sekarang.

Rita juga menafikan yang dia akan mengurangkan lakonannya setelah mempunyai anak.

“Saya baru sahaja lepas bersalin dan berpantang. Jadi saya bukan nak kurangkan lakonan.

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment