Amelina kosongkan rumah sewa, barangan rumah tidak jadi dilelong









Perintah mahkamah yang diterima untuk mengosongkan rumah sewa banglo, dua tingkat bekas penyanyi dangdut Amelina di Kota Kemuning, Shah Alam seharusnya bermula dengan lelongan barangan rumah pagi tadi.

Namun, perkara itu tidak terjadi setelah Amelina dan suaminya, Reduan Mahmood tampil menunjukkan surat mahkamah bahawa barang-barang milik mereka tidak boleh dikeluarkan dari rumah itu.

Dan pasangan itu juga telah membuat bayaran sebanyak RM3 800 kepada pemilik rumah, Ravi atau nama sebenarnya K. Madhavankutty sebelum ini melalui peguam Ravi, Arnold Andrew..

Insiden menjadi lebih ‘dramatik’ apabila Ravi terlebih dahulu telah meminta beberapa orang mengeluarkan barang-barang kepunyaan pasangan ini tanpa menghiraukan surat yang ditunjukkan oleh mereka.

Beberapa minit selepas itu, Ravi dan pasangan itu bertikam lidah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Ravi.

Sejurus selepas itu, suami Amelina tiba-tiba menggertak Ravi untuk menyaman sesiapa yang mengeluarkan barangan daripada rumahnya.

Bagi meredakan pertengkaran, pihak polis yang hadir bersama Ravi pada pagi tadi terus mengambil dan membaca surat perintah mahkamah yang didakwa melarang Ravi dari mengosongkan rumah itu.

Timbul sedikit kekeliruan apabila Ravi dan Amelina mengeluarkan dua surat perintah mahkamah yang bercanggah.

Ketika ini, peguam Ravi pula, Arnold Andrew mencelah. Beliau tampil menjelaskan surat yang dikeluarkan oleh Amelina dan suaminya, sebenarnya adalah surat rayuan kepada Mahkamah Tinggi agar perintah mengosongkan rumah sewanya hari ini tidak dilaksanakan sementara menunggu perbicaraan.

“Surat rayuan itu tidak sah kerana pemilik rumah ini sudah terlebih dahulu mendapat perintah untuk pecah masuk rumah dari mahkamah majistret terlebih dahulu sebelum surat rayuan itu dikemukakan oleh Amelina.

“Jadi tindakan (mengosongkan rumah) hari ini akan diteruskan mengikut perintah mahkamah,” kata Andrew.

kredit : mstar

Pelakon Noniswara dan Datuk Rosman Kahwin Hari Ini



Pada hari ini, pelakon cantik yang berstatus janda, Noniswara Baharudin (39tahun) akan berkahwin dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan(umur: 50 tahun) yang akan berlangsung selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis resepsi akan berlangsung pada1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berstatus ibu tunggal ini mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama. Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.Majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

"Buat apa saya nak berkahwin secara senyap-senyap diThailand dan merahsiakannya dari pengetahuan pihak media? Bagi saya,soal mendirikan masjid ini wajib diberitahu kepada orang ramai keranaia perkara yang baik. Majlis ini juga untuk memberitahu saudara-mara,teman rapat dan peminat, saya sudah menamatkan zaman solo (janda) dankini berkahwin buat kali kedua dan membina keluarga yang baru. Apa yangsaya harapkan sekarang, peminat juga mendoakan majlis pernikahan dan resepsi kami berjalan lancar seperti direncanakan nanti"

Noniswara begitu berdebar walaupun ini adalah perkahwinan kedua beliau. Akui agak kelam kabut jugak.

"Saya juga mengambil masa dua minggu untuk menguruskan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk majlis pernikahan saya ini.Rupa-rupanya memang rumit untuk bernikah di Wilayah Persekutuan. Kataorang, bercerai susah berkahwin semula pun susah juga."

Noniswara yang juga Pengarah Urusan Symphony Advanced Sdn Bhdberkata, setakat ini ia sudah siap 80 peratus membabitkan baju, kadundangan dan jamuan makan.

"Kad undangan sudah diedarkan kepada jemputan yang juga saudara-mara dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan rakanmedia. Majlis resepsi yang berkonsep moden dan tradisional ini juga tidak ada majlis persandingan. Kami hanya mengadakan jamuan makan dan ada acara memotong kek perkahwinan nanti. Pada majlis akad nikah, saya bakal menggayakan rekaan dari butik Cosry dan pada majlis resepsi pularekaan Amir Luqman. Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada rakan artis yang juga teman rapat pada majlis resepsi itu nanti. Maaflah, saya tidak boleh beritahu siaparakan artis yang diundang untuk buat persembahan kerana ingin memberikan kejutan buat tetamu nanti."

(gambar) Ahya anak Normah Damanhuri











Atilia Minta Maaf


Semalam di ruangan Normah Becok (Hip, Berita Harian), telah disiarkan aduan seorang pembaca yang bertanyakan mengapa Atilia sejak akhir-akhir ini muncul dengan “pakaian yang mencolok mata”.

Jelas Atilia, tidak timbul langsung niatnya untuk kelihatan seksi.

“It’s how I dress dan keluarga saya pun open-minded. Tapi saya faham jika ada yang terasa, lebih-lebih lagi dengan pose sebegitu dan bajunya yang pendek. I overlooked how it would turn out.

“Jika ia telah menyinggung perasaan mana-mana pihak, saya ingin meminta maaf. Saya akan cuba untuk tidak melakukannya lagi. Apa yang berlaku ini merupakan satu pengajaran buat diri saya.”

kredit:gua.com.my

Sarimah dulu digelar 'gemuk badak' kini hos 'The Biggest Loser Asia'


KETIKA budak kecil, selebriti terkenal, Sarimah Ibrahim digelar dengan nama-nama julukan seperti 'gemuk badak', 'orang putih celup' dan macam-macam lagi.

Menurut Sarimah, badannya berisi sejak kecil apatah lagi berat badan sewaktu dilahirkan sudah mencecah 10 paun.

Katanya, ini mungkin disebabkan dia berdarah kacukan Irish dan Malaysia tetapi dia tidak terkilan malah menguatkan azamnya untuk berjaya.

"Saya selalu diejek. Misalnya, semasa belajar, saya terpaksa menempah baju kerana beli baju di Globe Silk Store, tak dapat saiz badan... buat malu aje.

"Bagaimanapun, saya menghadapinya (nama-nama julukan) secara positif. Parts of my life Saya buat lawak, acting, public speaking, debating. Dan saya sapu semua semua hadiah, anugerah... kerana itu adalah fokus saya," kata Sarimah.

Pengacara, pelakon, aktres dan pemuzik ini ditemui pada sidang akhbar pelantikannya sebagai pengacara program realiti Amerika Syarikat, 'The Biggest Loser Asia' menerusi saluran televisyen Hallmark di Plaza Mont Kiara, semalam.

Sarimah akan menjadi personaliti program realiti tersebut yang menampilkan 30 peserta dari negara-negara Asia berebut mendapatkan gelaran 'The Asian Biggest Loser' sekali gus meraih hadiah wang tunai USD100,000 (anggaran RM380 ribu).

kredit:mstar

Ozlyn dan Johan selamat bernikah




Sabtu lalu bersamaan 25 Julai, dengan sekali lafaz pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri apabila melangsungkan pernikahan secara tertutup di Masjid Lembah Jaya, Ampang, selepas solat Asar.

Dari awal lagi Johan dan Ozlyn tidak mahu mengalu-alukan kehadiran wartawan ke majlis pernikahan atas alasan permintaan keluarga. Bagaimanapun, mereka berjanji memberikan gambar pernikahan mereka kepada wartawan selepas selesai majlis.

Ozlyn ketika dihubungi semalam, terlebih dahulu memohon maaf kerana terpaksa merahsiakan lokasi pernikahan sekali gus melarang wartawan membuat liputan.

"Alhamdulillah, saya amat lega kerana semuanya selamat. Walaupun pada awalnya ada beberapa masalah timbul, namun pada saat majlis dilangsungkan semuanya berjalan lancar.

"Saya mewakili keluarga mohon maaf kepada semua saudara-mara termasuk pihak media kerana tidak dapat mengundang mereka ke majlis penikahan kami kerana majlis ini hanya untuk keluarga kedua belah pihak yang dihadiri orang tua dan adik-beradik kami.

"Lagipun, ini cuma majlis pernikahan dan kami berdua mempunyai keluarga besar. Jadi, dengan kehadiran mereka saja, majlis kami sudah menjadi sesak. Sebab itulah keluarga memutuskan agar majlis pernikahan ini dibuat untuk keluarga kami saja.

"Insya Allah pada 26 September nanti, kami akan mengadakan majlis resepsi dan pada majlis itulah semua saudara-mara akan diundang termasuklah pihak media," katanya.

Akui Ozlyn yang kini terbabit dengan penggambaran drama bersiri, Akademi Boleh, dia lega kerana selepas setahun menjalinkan hubungan, mereka akhirnya sah bergelar suami isteri.

Apatah lagi, timbul pelbagai cerita kurang enak membabitkan mereka sebelum ini antaranya aksi berpelukan di khalayak ramai hingga mengundang sensitiviti masyarakat di negara ini.

kredit:hmetro

Shazlin mengaku 'bersumpah' ada hubungan sulit hanya alasan untuk cerai



“Kenyataan saya ada hubungan sulit dengan lelaki lain itu tak benar kerana kami hanya berkawan,” jawab Shazlin Shariff menempelak dakwaan yang dikeluarkan oleh suaminya, penyanyi dan pelakon Radhi OAG.

Ini kerana sebelum perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, Radhi berkata isterinya telah bersumpah meniduri lelaki lain lantas mahu bercerai dengannya.

Jelas Shazlin, dia mengenali lelaki yang dikenali sebagai 'Izat' itu selepas mempunyai masalah dengan Radhi lagi dan menggunakan alasan mereka pernah 'bersama' supaya Radhi menceraikannya.

“Saya bersumpah mengenali lelaki itu tetapi kami tiada hubungan sulit atau serius.

“Kalau boleh saya nak dia lepaskan saya,” ujarnya mengenai lelaki yang juga mempunyai darah kerabat dan bekas suami seorang pelakon itu.

Ditanya tentang sebab yang membuatkan dia nekad untuk meminta cerai daripada suaminya itu, Shazlin enggan memberitahunya.

“Situasi sebenar biarlah saya sendiri yang tahu kerana ia masalah kami. Lantaklah dia nak burukkan saya. Janji dia lafazkan (cerai) cepat.

“Saya tiada hati nak teruskan,” luah Shazlin, 31.

Disoal pula berhubung dengan bukti Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) melibatkan Shazlin dan lelaki itu, ibu kepada Mohd Rifdhi Muslim, 4, ini juga enggan mengulas lanjut.

“Saya pun tak tahu...saya memang ada ramai kawan lelaki tetapi tiada yang serius sebab tidak tahu status macamana,” ulasnya.

Shazlin juga menafikan yang Radhi tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka.

Dia juga menjelaskan tentang isu ibunya membuat laporan polis bagi mengelakkan Radhi berjumpa dengan Rifdhi.

“Setakat ini tiada halangan (untuk berjumpa anak). Hal ini susah untuk saya untuk jelaskan sebab dia kata nak bawa anak keluar makan malam sahaja tetapi dia tak pulangkan semula selepas itu.

“Memang ada buat laporan polis kerana kami tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke dalam rumah kami pada pukul 3 pagi.

“Lepas tu kami tengok ada pintu ‘grill’ dah tercabut tetapi apabila bertanya kepadanya dia kata masuk ikut pintu dapur kerana pintu itu tidak berkunci,” jelas Shazlin lagi.

Selepas dakwaan lafaz cerai Radhi yang difailkan olehnya ditolak oleh mahkamah pada tengahari tadi, Shazlin berkata dia akan meneruskan tindakannya untuk memfailkan lafaz cerai kedua oleh suaminya itu dengan talak tiga melalui panggilan telefon pada minggu hadapan.

Shazlin melalui peguamnya, Noorafizah Abdul Azis juga akan memfailkan kes permohonan cerai yang akan disebut bersama dengan kes lafaz cerai kedua itu yang akan dimaklumkan nanti.

Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi Razali pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Shazlin memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu.

Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon.

kredit: mstar

Radhi OAG: Isteri saya minta cerai kerana telah tiduri lelaki lain!


Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam susasana agak 'panas' apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.

Jelas Radhi, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan Shazlin curang dengannya.

"Saya ada bukti SMS cinta dia dengan lelaki itu berbunyi 'Baby, I miss you' dan dia pun sudah mengaku tadi.

"Dia minta maaf kerana seksa saya setahun lebih dan nak saya ceraikan dia," luah Radhi dalam nada kesal di luar mahkamah.

Tambahnya lagi, "Saya sudah tahu lama tentang hal ini dari telefon bimbit dia, tapi saya boleh maafkan sebab ia mungkin SMS saja."

Kata Radhi lagi, dia baru mendapat tahu nama lelaki itu beberapa hari lepas yang merupakan bekas suami seorang pelakon.

Pada bulan Jun, Radhi OAG selaku defendan berdepan dengan waran tangkap buat kali kedua kerana gagal menghadiri prosiding permohonan lafaz cerai oleh isterinya Shazlin Shariff (plaintif) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Semenjak kes difailkan isterinya tahun lalu, Radhi cuma hadir sekali sahaja perbicaraan.

Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Plaintif memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu.

Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Mohd. Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon.

kredit:mstar

Emeer Juara 'Oo La La'


Tahniah pada Emeer, 14, dan ayahnya Bakri Mamat, selaku penjaganya sepanjang program ‘Oo La La’. Persembahannya malam ini berjaya menambat hati juri dan peminat sekaligus menobatkannya sebagai juara.

Nampaknya berjaya juga anak kelahiran Kuantan, Pahang ini menebus kekecewaan yang dirasai ketika musim pertama MyStarz LG dulu apabila hanya muncul sebagai peserta lima terakhir dan sekadar finalis pertandingan Worldstar – Road to Hollywood 2009.

Keputusan ditentukan oleh panel juri (50%) yang terdiri daripada Azmeer dan Atilia, dan melalui undian SMS (50%).

Tempat kedua dan ketiga masing-masing diduduki oleh Sha (penjaganya yang juga bapa saudaranya, Aris Ariwatan) yang telah menunjukkan satu persembahan yang mantap dan Amira (penjaganya Alina Saad yang juga ibunya).

Antara artis-artis jemputan yang hadir memeriahkan majlis termasuk Ezlynn, Lan (bekas MUH), Misha Omar dan bekas juara Mentor, Pija, Fiq dan Black.

kredit:gua.com.my

Rumah Mawi dipecah masuk, dua perompak ditembak mati

Empat perompak telah memecah masuk rumah penyanyi Asmawi Ani atau Mawi di Felda Taib Andak, Kulai Jaya pada pukul empat pagi semalam.

Dalam operasi susulan, pihak polis telah menembak mati dua suspek lelaki Indonesia manakala dua orang suspek lagi berjaya melarikan diri.

Ibu Mawi, kakak, abang ipar dan lima ahli keluarganya sedang tidur ketika rumah mereka diceroboh.

Perompak-perompak tersebut berjaya melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas.

Salah seorang ahli keluarga yang sedar akan kejadian itu telah menelefon pihak polis.

Polis berjaya mengesan suspek tersebut di sebuah ladang kelapa sawit yang berdekatan kira-kira 5km dari rumah Mawi.

Perompak tersebut keluar dari kenderaan mereka dan menyerang pihak polis menggunakan parang.

Pihak polis terpaksa menembak mati dua suspek untuk mempertahankan diri, manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri.

kredit:mstar

Pengarah Yasmin Ahmad meninggal dunia

Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.

Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.

Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

kredit:mstar

gambar Mawi bogel

inikah gambar bogel mawi yang hangat di perkatakan sekarang?....

Wanita "mangsa" The Fabulous Cats





KEAHLIAN The Fabulous Cats (TFC) yang bersilih ganti bagaikan suatu perkara yang normal dalam kumpulan ini. Bermula dengan Ellie yang menjadi anggota pertama meninggalkan TFC pada 2007, tempat itu kemudian digantikan oleh Alyah. Tidak lama selepas itu, Alyah digantikan pula dengan seorang bakat baru dari Indonesia bernama Ochi.

Sama seperti bekas ahli wanita TFC sebelumnya, Ochi turut menarik diri dan kekosongan penyanyi wanita diambil alih oleh Farhana (Hana).

Selepas setahun lebih menjadi 'bunga' dalam TFC yang turut dianggotai oleh Cat Farish, Adeep dan DJ Sumo, Hana mendapat teman baru dari negara seberang iaitu Wangi Julianda.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu DJ Sumo turut mengundur diri daripada kumpulan itu.

Lebih mengejutkan Hana yang dikatakan paling lama bertahan bersama TFC pula 'angkat kaki' daripada kumpulan itu dan digantikan buat sementara waktu oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Zizie.

tiga gadis yang pernah menempa nama melalui TFC yang boleh dikatakan serpihan daripada kumpulan itu iaitu Ellie, Alyah dan Hana,akhirnya membuka pekung TFC yang selama ini berdiam diri mengenai punca pengunduran mereka dalam kumpulan tersebut.

CERITA HANA

Demi TFC, Hana sebelum ini sanggup berhenti kerja kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kumpulan itu. Namun menurutnya, segala titik peluhnya tidak pernah dihargai malah dibiarkan begitu sahaja saat gadis ini memerlukan sokongan.

"Sebenarnya, sebelum saya mengundur diri, saya telah berbincang dengan pihak Metadome Sdn. Bhd. (syarikat yang menaungi TFC) dan saya telah diberi garis panduan untuk memberi kenyataan kepada media mengenai punca peninggalan saya.

"Saya diminta tidak menceritakan perkara sebenar kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tetapi sebaliknya pula berlaku bila Cat menghentam saya dengan memburukkan nama saya dalam laman Facebook.

"Lebih memeranjatkan, menerusi laman itu dia berkata, orang yang telah keluar daripada TFC patut membayar ganti rugi sebanyak RM90,000. Adakah ini dikatakan profesional bila 'menghentam' bekas ahlinya sendiri?

"Bila dah jadi macam ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk memberitahu hal sebenar. Hal ini bukan saya seorang yang terkena, sebaliknya semua bekas ahli mengalami nasib yang sama," tuturnya memulakan bicara.

Lebih menyedihkan, dari pandangan mata Cat, dia seperti melihat wanita dalam TFC sebagai picisan walaupun anggota wanita merupakan aset yang besar dalam menaikkan sesebuah kumpulan.

Malah, dalam sebuah temu bual bersama media suatu ketika dahulu, Cat pernah berkata: "Seorang keluar, seorang lagi pula akan masuk." Satu kenyataan yang boleh dikatakan agak sombong."

Hana bagaimanapun menegaskan, Cat tersilap kerana tanpa wanita, tidak mungkin TFC mampu menebarkan pengaruh dengan mudah. Mengabaikan kata-kata Cat yang sedikit mengguris hati gadis berusia 26 tahun ini, Hana melihat dari sudut positif, mungkin kenyataan Cat itu dibuat tanpa sedar.

"Bayangkan, sepanjang bersama TFC, tidak sampai 10 peratus pulangan yang saya terima. Padahal, saya juga telah bertungkus-lumus untuk menaikkan nama TFC dan sentiasa komited dengan mereka.

"Saya terpaksa mengeluarkan modal sendiri dari segi penyediaan pakaian, kenderaan dan latihan. Saya faham, pada awalnya, TFC tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

"Tapi, semakin menjadi-jadi pula dan buat tak tahu dengan perkara ini. Mungkin mereka anggap, 'Oh, Hana orang senang'. Perlu diingat, saya bekerja dengan TFC, saya juga memerlukan gaji.

"Bagi saya, sebagai seorang ketua kumpulan, cara pengurusan kerja Cat langsung tiada perancangan. Sepatutnya nama besar seperti dia mempunyai kenalan yang ramai dan TFC pasti mampu bergerak dengan lebih mudah," dakwanya.

Tanpa pengetahuan Hana, tiba-tiba TFC membuat keputusan untuk mencari penyanyi wanita baru. Bukan kerana cemburu, cuma Hana menganggap keputusan itu adalah satu hal yang tidak sepatutnya berlaku memandangkan TFC mengalami kerugian besar pada tahun lepas kerana kegagalan membuat promosi jelajah album Hypercosmic.

"Memanglah satu strategi baru, tapi sebenarnya, penambahan ahli adalah satu pelaburan. Selepas menjalani beberapa uji bakat, tiba-tiba Cat menunjukkan gambar Wangi untuk dimasukkan sebagai ahli baru.

"Katanya untuk memudahkan promosi TFC di Indonesia. Bulan Mac lalu, Wangi turun ke Kuala Lumpur untuk diperkenalkan kepada umum.

"Apa yang mengejutkan saya, ketika sidang media, Cat membuat kenyataan yang Wangi akan menjadi ahli baru TFC secara rasmi, yang mana saya mendapat tahu tentang itu pada masa sidang media dijalankan. Kenapa membuat keputusan tanpa berbincang dengan ahli kumpulan?

"Saya tidak mencemburui Wangi langsung kerana dia tidak tahu apa-apa. Cuma saya kecil hati kerana saya tidak diberitahu mengenai perancangannya.

"Saya jatuh sakit selepas membeli-belah bersama Wangi di Indonesia. Dua kali saya keluar masuk hospital, seorang pun tidak melawat saya, padahal saya sudah menghantar SMS kepada mereka.

"Selepas seminggu lebih saya sakit, saya mendapat SMS daripada Cat. Ingatkan tanya khabar, rupa-rupanya dia tanya, 'When can you get back to work?'. Bila dia cakap macam itu, teringat saya kepada Alyah. Saya rasa dia pun pasti mengalami nasib macam saya.

"Selepas sakit, saya cuma tertinggal satu persembahan sahaja, tapi dia kata saya dah mula demand. Kenapa perlu berkata begitu sedangkan sepanjang bersama TFC, saya tak pernah berkira dengan mereka.

"Terus, sejak Wangi ada, saya tidak lagi dipanggil untuk membuat persembahan. Pernah sekali TFC mendapat tawaran mengadakan persembahan di Sarawak dan saya sudah bersiap untuk ke sana. Tiba-tiba pengurus TFC beritahu yang mereka menempah tiga tiket sahaja dan nama saya tidak termasuk dalam senarai tempahan itu.

"Bila sudah jadi macam itu, saya rasa, cukup sampai di sini sahaja dan membuat keputusan untuk mengundur diri," jelas Hana yang kini sibuk dengan perniagaan keluarganya.

CERITA ALYAH

Dakwa Alyah, apa yang menimpa Hana juga berlaku padanya. Selama setahun bersama TFC, Alyah diminta untuk meninggalkan kumpulan itu melalui SMS, kerana Alyah dikatakan mempunyai masalah disiplin dan sering sakit.

"Waktu itu sebulan saya sakit usus. Sama seperti Hana, mereka langsung tidak bertanya khabar. Mungkin ada benarnya saya mempunyai masalah disiplin tanpa saya sedar, tapi saya tidak kisah jika ditegur.

"Tapi bila Cat meminta saya mengundur diri, saya akur dan tak mahu panjangkan cerita. Kalau dia kata dia seorang sahaja berkorban dalam kumpulan itu, semua orang pun sama, lebih-lebih lagi ahli perempuan, yang perlu mengeluarkan kos yang banyak.

"Sedikit bayaran pun saya tak terima sepanjang bersama mereka. Tiba-tiba, Ochi pula menyertai TFC tanpa pengetahuan saya.

"Ingatkan bila dah keluar daripada TFC, kuranglah tekanan saya, tetapi lain pula terjadi. Bila awal-awal menjadi penyanyi solo, memang agak susah untuk saya mendapat tawaran menyanyi kerana Cat memburuk-burukkan saya dalam sebuah artikel. Terus, mana-mana persembahan nyanyian yang perlu saya hadir dibatalkan serta-merta," ceritanya lagi.

CERITA ELLIE

Ellie yang mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia lakonan drama serta iklan pula kini lebih tenang selepas keluar dari TFC.

Biarpun impian sebenarnya di bidang nyanyian, Ellie tidak sanggup menerima risiko sama seperti ketika bersama TFC dahulu.

Masalah yang kerap berulang dalam kumpulan itu membuatkan dirinya trauma untuk bergelar penyanyi.

Lantas, dia membuat keputusan untuk mencari kerja tetap dan berlakon secara sambilan.

"Bila melihat ada sahaja ahli yang mengundur diri, membuatkan saya rasa Cat masih lagi belum berubah. Selain hal kewangan, ada perkara peribadi yang tidak dapat saya ceritakan di sini.

"Apa yang mengecewakan saya, Cat menganggap wanita seperti barang yang boleh dipakai buang. Bayangkan, saya diberi cuti seminggu untuk menjaga emak yang sedang sakit. Tapi saya dah pesan, bila ada persembahan, bagi tahu, saya masih lagi boleh 'turun padang'.

"Tiba-tiba bila saya menonton sebuah program hiburan di televisyen, mereka memperkenalkan Alyah sebagai ahli baru TFC dan saya tidak tahu tentang itu. Bukan saya yang minta cuti.

"Album semua sudah siap. Tunggu tawaran persembahan pentas saja. Tapi bila dengar radio, suara Alyah pula yang keluar. Penat lelah saya menghasilkan album siang dan malam tidak diendahkan langsung," katanya.

Tambah Ellie, keadaan itu menampakkan yang Cat bukanlah seorang yang profesional dalam pengurusan artis.

kredit:kosmo

Black join MUH?


kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH) akan dapat pengganti Lan yang dah tidak lagi bersama kumpulan popular itu.

Dengar-dengarnya pengganti Lan ialah seorang penyanyi yang juga memiliki nada suara yang tinggi persis Lan. Orangnya ialah Black, juara Mentor 3. Tapi ia bukanlah pasti, hanya khabar yang singgah di telinga Mangga Muda sajalah.

"Aku dengar dia orang ada risik Black untuk menggantikan tempat Lan," kata member rapat kepada kumpulan MUH kepada Mangga Muda.

Tapi setakat ini kata sumber itu, ia belum diputuskan lagi. Yalah bukan senang nak cari pengganti. Mungkin suaranya sesuai tapi kalau jiwa si penyanyi tidak seiring dengan arus muzik mereka, nanti akan menyusahkan juga. Macam mana dia nak menghayatinya.

Semua orang tahu arus muzik yang disukai oleh Black, bukanlah macam muzik MUH.

kredit: mangga muda ( mangga online)

Pengarah Yasmin Ahmad selesai jalani pembedahan otak



Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara, Dr. Zakaria Zahri memberitahu pengarah Yasmin Ahmad telah mengalami serangan strok.

"Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapat pendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya," kata Dr Zakaria Zahri yang telah membuat pembedahan kecemasan ke atas Yasmin selama lebih sejam bermula dari pukul 6 petang tadi.

Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang kurang sihat ketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3, hari ini menjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara dan keadaannya kini stabil.

Datuk Dr Zakaria yang juga adik ipar Yasmin berkata pengarah itu mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

"Jantungnya disokong oleh ubat-ubatan bagi mengawal tekanan darah... tempoh beberapa jam akan datang amat penting bagi kami, tapi beliau kini dalam keadaan stabil sungguhpun masih belum sedar," katanya.

Sementara itu penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang turut berada bersama Yasmin pada pembentangan kertas kerja itu, berkata Yasmin mengadu sakit selepas 15 minit membentangkan kertas kerja berkenaan.

Menurut Dr Zakaria, beberapa jam seterusnya amat kritikal bagi Yasmin yang sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

"Buat masa ini, jantungnya disokong oleh ubat-ubatan dan keadaannya sekarang stabil," kata Dr. Zahari pada sidang akhbar di Hospital Pakar Damansara di sini, petang tadi.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden Mercy Malaysia, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.

Beberapa selebriti terkenal turut berada di hospital untuk mengetahui perkembangan Yasmin. Di antara mereka ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar, Jaclyn Victor, Dafi, Rozie Rashid dan Afdlin Shauki .

Dalam perkembangan yang lain, keluarga Yasmin meminta pihak media dan orang ramai agar memberi mereka privasi. Mereka juga memohon agar semua orang mendoakan Yasmin kembali sihat seperti biasa.

kredit:mstar

Ziana Zain selamat lahirkan kembar


Penyanyi Ziana Zain selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi tadi.Ziana Zain telah melahirkan anak kembarnya secara pembedahan (caesarian).

"Menurut kata doktOr, Ziana sepatutnya melahirkan anaknya pada pertengahan Ogos tetapi terpaksa diawalkan kerana Ziana mengalami tekanan darah tinggi.

"Walau bagaimanapun, kedua-dua anak Ziana sihat. Anak pertama adalah bayi lelaki yang beratnya 2.1kg dan yang kedua perempuan, 1.7 kg."

Lisa berkata, suami dan keluarga Ziana berada di sampingnya ketika pembedahan itu. Kebetulan suaminya, Armin sedang bercuti.

Ketika ditanya, adakah Ziana bersedia menunjukkan wajah bayinya kepada umum, Lisa berkata, "Ziana seorang yang cukup berdisiplin.

"Gambar baby tidak akan ditunjukkan bawa masa ini. Hanya apabila dia sudah bersedia, barulah dia akan tunjukkan babynya.

"Dan Ziana akan berpantang 100 hari. Selagi dia belum habis pantang, dia tidak akan tunjuk muka pada media."

Kata Lisa, Kak Ziana kemungkinan besar tidak akan menagndung lagi memandangkan usianya sudah 41 tahun.

"Ziana juga belum memikirkan nama anak kedua kembarnya."

kredit:mstar

Julie Woon a.k.a Julie Hoi






Julie Woon, merupakan salah seorang pelakon dalam blogger boy di 8TV dan juga seorang model yang dikenali sebagai Julie Hoi.

layankan lah gambar2 panas Julie Woon a.k.a Julie Hoi ni....