Lan kristal akan berkahwin 6 Disember ini


Lan Kristal (Mohd. Razlan Mohamed Yusof) dan bakal isteri, Ain (Nur Sheila Hassim) dah menghantar kad undangan majlis perkahwinan mereka kepada pihak media.

Majlis di rumah Ain akan diadakan pada 6 Disember 2009 di Kampung Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor manakala sebelah Lan diadakan pada 20 Disember di Taman Permata, Kuala Lumpur.

Mereka memang tidak pernah menyembunyikan perhubungan. Malah sejak bercinta lagi Lan memperkenalkan buah hatinya kepada pihak media, apatah lagi wanita itu ialah pengurus kumpulan Kristal.

kredit: mangga online

Ida Nerina-Sha'arin Sudah Lebih Dua Bulan Tidak Tinggal Sebumbung


Sebutan kes cerai pelakon Ida Nerina Hussain dan suaminya, Sha’arin Mohd Razali terpaksa ditangguhkan ke tarikh 22 Disember depan, pukul 9 pagi kerana pelakon itu tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin telah mengarahkan peguam syarie Mahyuddin Md Zahari mewakili Sha’arin untuk melayangkan surat saman agar pelakon itu hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

Sementara itu, ketika perbicaraan kes yang berlangsung pada 11.35 pagi tadi, Sha’arin yang membuat permohonan cerai itu ada menyebut yang dia telah memaklumkan kepada Ida melalui telefon.

Saya dah hubungi dia tetapi dia tidak menjawab telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) (tentang kes hari ini), tetapi dia tidak membalasnya,” kata Sha’arin ketika menjawab soalan Hakim Syarie.

Sha’arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin Blackrose juga memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan lalu.

Hakim Syarie: Masih tinggal bersama?

Sha’arin: Saya sudah tidak tinggal bersama (dengan Ida) dalam dua hingga tiga bulan lalu sejak melafazkan cerai pada bulan September.

Hakim Syarie: Siapa tinggalkan siapa?

Sha’arin: Saya tinggalkan dia.

Hakim Syarie: Sekarang kamu tinggal di mana?

Sha’arin: Saya tinggal dengan keluarga di Kuala Lumpur.

Hakim Syarie: Siapa yang tinggal di rumah kamu sebelum ini?

Sha’arin: Ida yang tinggal di rumah kami bersama orang gaji.

Sementara itu, Mahyuddin yang baru dilantik oleh Sha’arin selaku peguamnya pada minggu lalu berkata dia akan mengirimkan surat saman kepada Ida dalam masa secepat yang mungkin.

Jelasnya, jika Ida masih gagal menghadirkan diri selepas surat saman itu diberikan kepadanya, mahkamah akan mendengar dan memutuskan perbicaraan kes ini tanpa kehadirannya di bawah Seksyen 121 (1)(b) Akta Tatacara Mal Wilayah Persekutuan 1998.

Pada Hari Raya Puasa kedua lalu, suami Ida didakwa telah melafazkan cerai terhadap pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Anak’ itu.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Dimaklumkan, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida.

Pada 9 Oktober lalu, Sha'arin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu.

kredit:mstar

Nora Danish akan di saman?

NAMPAKNYA krisis yang berlaku antara pelakon Nora Danish dengan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. masih belum berkesudahan. Sepanjang minggu lepas banyak akhbar melaporkan kesedihan produser syarikat itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa atau Kak Ton yang kecewa dengan tindakan Nora.

Nora menarik diri membintangi drama bersiri Spa Qistina gara-gara dia bertembung dengan Fasha Sandha di lokasi pada hari penggambaran. Dia merasakan pihak produksi tidak mematuhi perjanjian yang dipersetujui.

Mengikut perjanjian awal, tidak ada adegan bersama atau mereka tidak akan bertemu muka sepanjang penggambaran berlangsung.

Tapi macam Kak Ton jelaskan sebelum ini, soal penggambaran tidak boleh nak dijangka. Kadang-kadang faktor cuaca turut mempengaruhi sehingga penggambaran terpaksa ditunda.

Gara-gara penarikan diri Nora selepas dia melakonkan 38 babak drama itu, Global Station terpaksa buat penggambaran semula yang melibatkan kos lain.

Kerana sikap tidak profesional Nora itu, Niezam dengar cerita dia bakal dikenakan tindakan saman. Sumber itu memberitahu Niezam bahawa pihak Global Station memang sedih dengan tindakan Nora apabila dia tidak mahu untuk diajak berbincang.

Dalam erti kata lain Nora macam degil sangat dan nak tunjuk macam dia saja betul. Sebaliknya masih ada jalan untuk mengatasi kemelut yang berlaku.

“Gara-gara sikap Nora itu, pihak produksi terlibat dengar khabarnya nak saman Nora. Alasannya dia tidak menyudahkan baki 67 daripada 103 adegan yang diperuntukan untuknya itu,” kata sumber berkenaan.

Khabarnya juga walaupun Nora masih belum menandatangani apa-apa perjanjian, tetapi sikap tidak bertanggungjawab Nora itu menyebabkan pihak produksi menanggung banyak kerugian. Mereka ada hak untuk saman Nora atas alasan itu.

kredit:utusan

mamat- saya tidak bersalah

Bekas anggota kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat yang ditahan atas dakwaan mencuri telefon bimbit seorang pelakon tempatan pada Jumaat minggu lalu, dibebaskan dengan ikat jaminan malam kelmarin.

Mamat dipercayai diikat jamin oleh bapa saudaranya yang menetap di sini sekitar jam 8 malam di Balai Polis Bedok. Polis mengesahkan penyanyi yang terkenal lagu Oh Ibu sudah bebas tetapi siasatan masih dijalankan.

Penyanyi itu ditahan selepas Suhailmi Ruslan atau juga dikenali sebagai Amy Kecik membuat laporan mendakwa Mamat mencuri telefon jenama Samsung berharga S$280 (RM685.11) dari rumah beliau pada pagi Jumaat minggu lalu.

Amy Kecik ketika dihubungi mahu menarik balik dakwaan terhadap rakannya itu atas alasan beliau kasihan tiga anak Mamat masih kecil.

Bagaimanapun, katanya, langkah menarik balik dakwaan itu tidak dibenarkan polis dan Mamat kini berada di rumah ibu saudara teman wanitanya di Bedok Reservoir.

Berita Harian difahamkan teman wanitanya itu seorang warga Singapura berusia 16 tahun.

Ketika ditemui Berita Harian di Bedok Reservoir semalam dan diminta mengulas mengenai kes curi itu, Mamat berkata beliau bukan orang yang bersalah, tetapi orang yang dituduh.

Mamat berkata, beliau tidak mahu memberi butir lanjut mengenai kes itu kerana sudah dinasihati polis supaya tidak melakukan demikian kerana masih dalam siasatan.

Dia turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Suhailmi dalam laporan Berita Harian kelmarin.

"Namanya kawan, tetapi dia sudah menjatuhkan nama saya dengan memberikan kenyataan seperti itu kepada Berita Harian.

"Saya tak kisahlah jika dia mahu memberikan kenyataan itu untuk menaikkan namanya sendiri, untuk memberi publisiti murahan kepada diri sendiri. Saya sudah tak nak dengar nama si Suhailmi itu lagi, " katanya.

Mamat berkata, dia masih dalam keadaan trauma kerana ditahan di balai polis di sini.

kredit:beritaharian

Faizal Tahir muntah darah

Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara.

Faizal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital.

"Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.

"Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor untuk rawatan lanjut kerana muntahnya mengandungi sedikit darah,

Hos program mistik didenda berkhalwat



Seorang hos program mistik televisyen yang melarikan diri daripada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan tubuh hanya dibalut kain langsir didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah dia mengaku berkhalwat dengan tunangnya, seorang penolong penerbit TV, pada Jun lalu.

Hakim syarie, Ghazali Ahmad turut mengarahkan Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Tunangnya, Ziffa Zubir, 28, yang juga mengaku salah terhadap pertuduhan serupa turut didenda RM2,700 atau penjara tiga bulan.

Terdahulu, pasangan itu yang hadir di mahkamah bersama ahli keluarga semalam memohon jumlah denda itu dikurangkan selain mendakwa mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Ghazali ketika membacakan keputusan itu berkata, tindakan tertuduh itu melarikan diri dengan terjun ke balkoni rumah jiran sebelah adalah tindakan yang berbahaya.

"Nasib baik kamu tidak jatuh, fikir balik kita nak takut dengan siapa, pegawai JAIS cuma tangkap sedangkan benda-benda itu semua Allah telah rekodkan," katanya sambil menasihatkan pasangan tertuduh itu tidak mengulangi kesilapan dan terus berkahwin jika ada keinginan.

kredit:kosmo

Penyanyi popular M'sia ditangkap curi telefon di Singapura

SEORANG penyanyi rok popular Malaysia dalam lingkungan usia awal 30-an tahun telah ditahan pihak polis di sini semalam setelah dikatakan mencuri telefon bimbit milik seorang artis Singapura.

Telefon bimbit terpakai yang lesap itu - yang berjenama Samsung dan dibeli pada harga $280 - dipercayai dilarikan penyanyi itu dari rumah artis Singapura berkenaan pada pagi Jumaat lalu.

Polis mengesahkan pihaknya menerima panggilan sekitar 12.15 tengah hari semalam mengenai kes curi yang melibatkan penyanyi itu di Lorong 24 Geylang.

Menurut pelakon bebas Singapura yang berusia 26 tahun itu, penyanyi rok itu tiba di Singapura dan menginap di rumahnya sejak 3 November lalu.
Pada sekitar 8 pagi 14 November lalu beliau mendapati penyanyi Malaysia itu telah menghilangkan diri dan telefon bimbitnya itu turut hilang.
Usaha artis Singapura itu menghubungi telefon bimbitnya serta penyanyi itu tidak membuahkan hasil.

'Saya mula mengesyaki dia yang mencuri setelah teman wanitanya yang tidak pernah saya kenali mengirimkan SMS kepada rakan saya untuk memberitahu nombor telefon barunya.

'Namun, nombor itu sebenarnya nombor telefon bimbit milik saya,' ujarnya.
Artis Singapura itu pula mendapat tahu penyanyi itu akan ke Sims Lane untuk mengambil barangnya dan terserempak dengannya pada sekitar 11 pagi.
Beliau mengekori penyanyi itu hingga ke Lorong 24 Geylang, dan dengan bantuan rakannya, memaksanya masuk ke dalam kereta rakannya itu. Mereka menghubungi polis.

'Di dalam kereta, dia merayu kepada saya supaya melepaskannya. Katanya dia perlukan wang kerana bekas isteri dan anaknya sakit,' kata pelakon Singapura itu lagi.

Menurutnya, penyanyi itu dikatakan merancang mengeluarkan album di bawah kontrak dengan syarikat rakaman setempat tetapi menghadapi masalah untuk menerbitkannya.

Penyanyi Malaysia itu kini ditahan di Balai Polis Bedok.

sumber:cyberita

kami tak gaduh- Dira & Sazzy

Sazzy kononnya dikatakan tidak berpuas hati dengan Dira yang dikatakan sanggup berhabis duit untuk mengundi diri sendiri bagi meraih tempat tertinggi dalam undian bagi program tersebut.

Lalu, Sazzy meletakkan rasa ketidakpuasan hatinya itu dalam status laman web sosial, Facebook tanpa merujuk nama peserta yang dimaksudkan. Sazzy dalam statusnya berpendapat seseorang itu tidak perlu berhabis wang untuk mengundi diri sendiri, biarlah masyarakat luar yang mengundi.

Dira kemudian dikatakan membalas semula status Sazzy itu melalui ruangan nota di laman Facebooknya pula.

Selepas itu, kedua mereka mendapat komen dan kritikan hebat daripada peminat masing-masing.

Beritahu Sazzy, apa yang ditulis dalam Facebook tidak ada kaitan dengan pertandingan program tersebut, sebaliknya ia sekadar satu diskusi umum bersama peminat-peminatnya.

"Saya dan Dira sangat rapat. Malah, kami ada undi sesama sendiri. Apa yang ditulis dalam Facebook saya, tidak ada kaitan dengan SB3 mahupun Dira.

"Ia cuma diskusi biasa sahaja. Saya akui dalam status itu, saya tulis mengenai sebuah program realiti yang pernah saya acarakan, tapi bukan SB3. Kami di sini dah jadi macam keluarga.

"Mungkin, secara kebetulan saya dan Dira mengeluarkan tulisan yang bunyinya seperti mengutuk antara satu sama lain, tetapi sebenarnya tidak.

"Memang asalnya, subjek yang dibincangkan adalah Sehati Berdansa dan topik yang diborakkan berkembang kepada tajuk program realiti secara umum.

"Saya tak tahu kenapa dari dulu lagi, ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan saya, seolah-olah saya ni jahat sangat. Ingatkan bila buat tajuk status secara umum di Facebook, mahupun Twitter, tak adalah orang nak mengata.

"Tiba-tiba pula ada drama gara-gara tulisan kami di Facebook. Saya terkejut bila saya buka Facebook, macam-macam komen yang saya terima," katanya.

Tambah Sazzy, SB3 adalah sebuah pertandingan yang sihat serta adil dan tidak mungkin kerana hal remeh mereka boleh bergaduh.

Namun, sedikit sedih tercalit di hati Sazzy bila kata-kata negatif dilemparkan padanya. Bagi Sazzy, biarpun sudah tiga tahun berkecimpung dalam dunia hiburan yang penuh dengan dugaan, sekali-sekala dia tidak boleh menerima kritikan orang luar yang tidak berasas.

"Nak ikutkan memang saya tak perlu ambil kisah pun dengan kritikan orang, tetapi sebagai manusia, saya tetap rasa sedih dengan komen yang saya terima kerana saya tak pernah pun nak kutuk orang," tuturnya.

Tidak cukup dengan khabar angin pergaduhan itu, Sazzy dan suaminya, Nazril dikatakan ialah anak emas SB3 sehinggakan pihak produksi mahukan pasangan itu menang dalam program tersebut.

"Itu pandangan yang sangat bodoh dan menjengkelkan. Dahlah saya rasa sedih dengan kritikan yang diberikan pada saya, ada pula nak cakap macam itu.

"Saya harap, biarlah apa orang nak kata, asalkan peminat-peminat tahu kebenarannya. Saya dan suami sebenarnya tak kisah sama ada menang atau kalah kerana pada akhirnya selepas ini, masing-masing akan sibuk bekerja seperti biasa.

Bagi Dira pula, nota yang ditulis dalam Facebook juga tidak ada kaitan dengan Sazzy atau sesiapa pun dalam SB3.

Kegemarannya menulis blog dan Facebook selama ini tiba-tiba membuatkan Dira terkejut dengan respons peminat serta orang luar.

Menurut Dira, dia juga terkejut kerana nota yang ditulisnya itu sekadar luahan perasaan biasa yang ditulisnya seperti selalu.

"Bergaduh? Kami selalu lepak dan makan bersama, macam mana nak bergaduh. Mungkin peminat fanatik yang membaca nota saya terlalu teruja.

"Kami menghargai sokongan itu, tetapi jangan salah tafsir, kami tidak bergaduh. Perlu diingat, golongan selebriti juga adalah manusia biasa dan ada masanya bila rasa down, kita akan menulis blog atau Facebook sekadar luahan perasaan biasa.

"Apa yang terlintas di fikiran, itulah yang saya tulis. Memang rasa terkejut dan sedih bila mendapat komen orang tentang nota saya itu. Sebab saya tidak pernah mengalami situasi sebegini. Saya pun bukannya banyak sangat publisiti, tambahan pula tidak ada apa untuk diceritakan sepanjang bergelar pelakon dan pengacara.

"Perkara ini membuatkan saya risau, takut orang salah tafsir dengan kami. Peminat tak tahu macam mana kami akrab, tambahan pula Sazzy dan saya dalam satu pertandingan," jelasnya.

Beritahu Dira, dia sebenarnya tidak kisah jika ada antara peserta SB3 mengundi diri masing-masing untuk kekal dalam program tersebut.

"Mengenai isu pengundian, sebenarnya saya tidak ada masalah jika sesiapa antara kami mengundi sendiri. Itu hak mereka.

"Kalau orang kata undian kami melambung-lambung, saya sendiri pun tak tahu dari mana undian itu datang kerana saya bukannya terkenal.

"Cuma biasalah, saya ada suruh peminat-peminat, teman-teman dan keluarga untuk menonton program ini. Industri hiburan kita kecil sahaja, tak ada gunanya jika kita bergaduh.

"Kalau bukan kerana membuat amal Persatuan Thalassemia Malaysia, kami pun malas nak sertai program ini.

"Kanak-kanak itu memerlukan pertolongan, sebab itu kami sertai program SB3. Kalau tak, lebih baik kami bekerja seperti rutin biasa," ujarnya.

Bagaimanapun, Dira mengakui seboleh-bolehnya dia mahu kekal dalm SB3 agar dapat membantu badan kebajikan yang diwakilinya itu.

Nora Danish: Orang Ingat Saya Lembut, Boleh Pijak Kepala Saya!



JIKA dulu, pelakon Nora Danish selalu mengambil langkah ‘selamat’ dan mendiamkan diri saat disoal tentang kisah peribadi seperti kontroversi penceraiannya.

Biar apa pun helah media, dia tetap tidak mahu memberikan komen dan terus-terusan membuat penafian sehingga terungkainya kebenaran.

Lantas, apabila tercetusnya isu dia tidak profesional dan menarik diri dari drama ‘Spa Qistina’, mudah pula Nora memberikan penjelasan sebenar.

Perubahan ketara Nora yang semakin berani bersuara itu 'menjerat' dirinya dan ramai pihak mula 'membuka mata' untuk mengetahui sebalik isu itu.

Isunya, Nora telah membuat perjanjian dengan produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa agar tidak mempertemukan dirinya dengan pelakon Fasha Sandha, yang didakwa menjadi orang ketiga penceraiannya dengan bekas suami, Rizal Ashram.

Namun, Nora menganggap pihak produksi telah melanggar perjanjian itu setelah mendapati Fasha berada di lokasi penggambaran yang sama. Cara Fasha yang sedang bersolek dan membaca skrip di tangannya menimbulkan rasa curiga Nora yang pada waktu itu belum selesai berlakon lagi.

“Apabila sesuatu perkara itu menyentuh tentang prinsip dan harga diri, saya akan cuba pertahankannya.

“Sebelum ini, orang ingat saya lembut, jadi orang boleh pijak kepala saya. Sedangkan orang tak tahu yang saya seorang yang tegas,” ujarnya yang mula menjalani pengambaran filem terbarunya ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’ sejak semalam.

Kesan daripada insiden itu, Nora berpendapat mungkin ada sesetengah produksi yang takut untuk mengambilnya berlakon.

Namun, ada juga pengarah dan produser yang masih setia menyokongnya seperti Adam Hamid dan Aziz M. Osman.

“Ramai juga yang masih percayakan saya lagi. Misalnya Abang Adam Hamid meyakinkan kepada sesetengah produser yang Nora tidak pernah mendatangkan masalah kepadanya,” katanya yang melakonkan watak sampingan bernama Seha dalam filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’.

kredit: mstar

zahida rafik seksi giler


Mamat sudah lafaz cerai



PERGOLAKAN rumah tangga penyanyi Mohd Ali Kamarudin atau Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist, nampaknya belum menampakkan tanda-tanda untuk ke penghujung meskipun sebelum ini Mamat menyatakan masih ada harapan untuk berbaik semula dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal (Shila).

Dakwaan Mamat seperti disiarkan dalam Kosmo! pada Isnin lalu dipertikaikan oleh isterinya. Malah Shila juga mendedahkan bahawa hubungannya dengan Mamat tidak mungkin boleh diselamatkan gara-gara sikap penyanyi itu sendiri.

"Kami sebenarnya telah pun bercerai apabila Mamat melafazkan talak kepada saya sekitar Oktober lalu.

Menurut Shila, dia tidak mahu ada pihak membuat pelbagai andaian tentang pendedahannya ini. Malah dia juga bukan bertujuan untuk meraih publisiti murah atau sekadar suka-suka berbalas kenyataan di media.

"Cuma saya ingin memperbetulkan apa yang dia kata. Saya tak mahu peminat-peminat dia tertipu," beritahu wanita ini dengan tenang dalam pertemuan kami kelmarin.

Lebih mengejutkan kata Shila, punca penceraian mereka tidak lain tidak bukan adalah disebabkan kehadiran pihak ketiga.

"Saya tak faham kenapa dia kata tidak melafazkan apa-apa pada saya dan kononnya mahu berbaik semula. Kenyataan dia juga seolah-olah saya yang salah. Kenapa dia perlu cakap jangan babitkan pihak ketiga, sedangkan memang kemusnahan rumah tangga kami berpunca daripada perempuan itu?

"Sebelum ini, awal-awal lagi dia ingatkan saya jangan bagi sebarang kenyataan tentang hal kami di media dan saya ikut katanya. Tiba-tiba, dia pula yang bagi kenyataan bukan-bukan kepada akhbar?," dedah Shila lagi.

Biarpun wanita yang baru menginjak usia 29 tahun kelmarin tenang ketika ditemu bual, wajahnya tetap menunjukkan kesedihan yang terpaksa ditanggung bersama tiga orang anaknya.

Shila sedih apabila Mamat mengatakan gadis yang kononnya rapat dan baru berusia 16 tahun itu memahami segala susah senangnya. Realitinya, menurut Marshila, Mamat selalu mencarinya apabila memerlukan bantuan.

"Selama enam tahun kami bercinta dan sembilan tahun kami berkahwin, adakah saya tidak memahaminya? Pertama kali dia pergi ke Singapura, dia berkata dengan saya mahu mencari peluang kerja tetapi dalam kenyataan dia di sebuah akhbar, dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan saya. Apa yang cuba dia maksudkan?

"Kalau nak tahu, saya langsung tidak ada nombor telefonnya untuk dihubungi. Kalau betul dia sayangkan anak-anak, patutnya dia menghubungi kami dan memberi nombor telefonnya pada saya agar jika ada apa-apa terjadi kami boleh menghubunginya.

"Perkara ini telah bermula sejak bulan April lalu. Masa awal-awal, dia dah buat hal mengenai gadis yang sama dan saya cuba selesaikan. Kononnya sudah putus, tapi mereka main wayang dengan saya.

"Saya perasan bila Mamat mula tidak menghubungi kami. Nafkah pula dia sudah tak bagi sejak ada hubungan dengan gadis itu. Saya tak faham kenapa dia bertindak begitu semata-mata kerana gadis yang masih bersekolah itu," ujarnya dalam nafas menahan kecewa yang kental.

Tambah Marshila, sebelum ini, rumah tangganya kerap kali dilanda badai apabila penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita dan juga seorang artis.

Bagaimanapun, demi kebahagiaan anak-anak mereka, Marshila sanggup memaafkan segala perbuatan suaminya.

"Sebenarnya, hal orang ketiga memang sudah menjadi lumrah dalam rumah tangga kami, tetapi ada juga masalah lain. Biasalah, saya ada kerja tetap dan dia kerjaya dia tidak menentu masanya. Dia kata saya tak memahaminya kerana tiada pendapatan tetap. Saya kerja untuk membantu dia juga, takkan 24 jam saya kena berkepit? Rasanya, sebab itu dia cari budak sekolah yang boleh berkepit dengannya ke mana-mana sahaja," kata Marshila.

Kini, biarpun sedih kerana gagal mempertahankan rumah tangganya, Marshila reda dengan kejadian yang menimpanya sekeluarga. Justeru hari ini Shila tidak akan mengharapkan apa-apa lagi daripada bapa kepada anaknya itu.

Mahu berbaik semula? "Tidak mungkin, cukuplah dengan apa yang berlaku sepanjang saya jadi isteri kepada Mamat," katanya dalam nada nekad dan pasrah.

gambar baby Intan Sarafina-Megat Evan Raez




Fazura gagal tuntut ganti rugi



Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tuntutan pelakon dan pengacara Nor Fazura Sharifudin dengan kos kerana dia telah gagal membuktikan kenyataan dalam akhbar Mingguan Warta Perdana adalah fitnah.

Oleh yang demikian, tidak timbul soal dia menanggung kerugian akibat laporan akhbar itu.

Semalam, Fazura memberitahu dia gagal mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta ekoran tersiarnya satu artikel dalam sebuah akhbar tabloid yang didakwa memburukkannya.

Fazura, 26, berkata, artikel bertajuk "Fazura Rela Dipenjara" yang tersiar pada 29 Mei 2005 di Mingguan Warta Perdana itu turut memetik Fazura sebagai berkata: "Saya tidak takut dengan hukuman sekiranya saya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut."

Ekoran itu, katanya, dia kehilangan kontrak bernilai lebih RM100,000 yang telah ditandatangani dengan syarikat kosmetik, Olay.

"Pada masa itu saya juga sedang berbincang dengan syarikat Maybelline, Loreal, Bonia, Clarins, Biotherm, Brands, Celcom dan Hotlink di mana perbincangan langsung tidak diteruskan lagi. Kesemuanya bernilai lebih sejuta," katanya.

Fazura berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes samannya terhadap syarikat Perdana Production House Sdn Bhd, yang menerbit Mingguan Warta Perdana, yang dinamakan sebagai defendan pertama, dan pemberita Haslinda Hashim, 31, sebagai defendan kedua.

Artikel itu didakwa berkaitan dengan kesnya yang dituduh menyerang surirumah Gerardine Mariana Wong di sebuah disko di Jalan Kia Peng di sini. Dalam kes itu, Fazura dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 22 September 2008.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, pada Isnin.

Fazura juga memberitahu mahkamah bahawa isi kandungan akhbar berkenaan turut mendorong penerbit filem 'Cinta' menolaknya daripada berlakon dalam filem tersebut sedangkan pada awalnya mereka telah bersetuju.

"Penerbit merasakan kehadiran saya berlakon boleh menolak penonton untuk menonton sesuatu drama atau filem," katanya.

Sehubungan itu, Fazura menuntut RM500,000 atau apa-apa jumlah yang mahkamah fikirkan sesuai dan faedah empat peratus setahun terhadap ganti rugi am dari tarikh pemfailan saman sehingga tarikh penghakiman.

"Faedah 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh, permohonan maaf defendan-defendan secara terbuka, kos atas dasar peguamcara dan anak guam, kos tindakan ini, ganti rugi kecederaan dan teladan serta apa-apa relif yang mahkamah fikirkan sesuai," katanya lagi.

Sambil menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut, Fazura dalam sesi soal jawab oleh peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, dia hanya menyebut "Itu semua kuasa Allah dan saya hanya bertawakkal dan redha."

Tegasnya, dia amat terkejut dengan kenyataan artikel itu kerana dia tidak pernah mengeluarkan perkataan "saya tidak takut dengan hukuman sekiranya saya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut."

kredit:mstar

Lebih 1,000 hadiri majlis perkahwinan Tam Spider-Aida





Lebih 1,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinan vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam dan isterinya, Aida Mustafa yang berlangsung di Dewan Komuniti di Pekan Nanas, di sini, hari ini.

Berkonsepkan tradisional dan moden, majlis bersejarah penyanyi itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M.Nasir.

Anak lelaki Tam, Aliff, 15, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Norleen Isa, turut hadir pada majlis tersebut. Ini merupakan perkahwinan kedua Tam setelah 11 tahun menduda.

Sebelum itu, Tam dan Aida selamat dinikahkan di sebelah paginya di Masjid Jamek Pekan Nanas.

Tam yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut melahirkan rasa bersyukur dengan perkahwinan tersebut.

"Saya akan menjalani hidup dengan isteri tercinta dan tetap akan meneruskan bidang nyanyian saya atas sokongan isteri," kata vokalis kumpulan yang popular dengan lagu Relaku Pujuk.

Sementara itu, Aida turut berharap peminat-peminat Tam mampu mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga mereka.

"Saya harap peminat-peminat Tam dapat menerima saya sebagai isterinya. Insya-allah, saya akan terus memberikan sokongan terhadap karier seninya di samping menjaga rumahtangga kami," kata Aida yang bertugas sebagai pengarah urusan sebuah syarikat pengurusan acara.

Ibu pengantin perempuan, Heliana Zulianti juga mengharapkan perkahwinan anaknya itu kekal hingga ke akhir hayat.

"Saya gembira kerana dia akhirnya bertemu dengan lelaki impiannya," ujarnya.

Anak lelaki Tam, Aliff juga turut berkongsi perasaan gembira dengan perkahwinan bapanya itu.

"Saya tiada masalah apabila ayah membuat keputusan untuk berkahwin lagi kerana dia berhak untuk gembira. Malah, hubungan kami bertiga memang baik," katanya.

M.Nasir yang banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan Spider juga mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.

"Perkahwinan adalah perkara yang terindah dalam hidup dan saya gembira untuk Tam. Hari ini adalah hari bersejarah untuknya," katanya.

Tam dan Aida mula berkenalan hampir lima tahun lalu, tetapi hubungan mereka hanya benar-benar serius sejak setahun lalu.

Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos lepas.

kredit:mstar

gambar tunang nor aliah lee


Belum rezeki dapat anak












Sudah lebih setahun bergelar suami isteri, pasangan penyanyi popular Mawi atau Asmawi Ani dan Ekin (Nora' Asikin Rahmat) kini bagaikan belangkas, asyik bersama ke mana berpergian. Malah, ada kawan-kawan mereka memberitahu Mawi dan Ekin macam pasangan baru bercinta kerana selalu berkepit, langsung tidak berenggang.

Tidak pernah merasa terkongkong memandang Ekin kini juga menjadi pengurusnya, Mawi merasakan jadualnya kini semakin teratur.

"Sekarang ini kami rasa bebas. Dulu, masa sebelum kahwin, kami tiada ruang untuk keluar macam pasangan bercinta lain. Sekarang ini kami jadi lebih akrab. Sampaikan orang kata kami ni macam pasangan baru bercinta," tutur Ekin.

Kerana itu, Mawi tidak kisah untuk berkorban masa dan tenaga untuk merancang kejutan buat Ekin pada hari jadinya itu baru-baru ini.

Pada majlis tahlil, doa selamat dan hari jadi Ekin, ia disambut dalam keadaan yang sederhana tetapi tetap meriah dengan dihadiri oleh ramai artis, media serta teman-teman rapat pasangan ini. Pasangan ini juga menganjurkan doa selamat untuk arwah bapa Mawi, Ani Ahmad yang meninggal dunia pada 1 Julai 2006.

Beritahu Mawi, memandangkan dia belum lagi membuat majlis doa selamat sempena rumah barunya itu, dia mengadakan majlis itu sekali dengan tahlil arwah bapanya dan pada malamnya, disambut pula hari lahir Ekin bersama kembarnya Ain.

Menariknya, Mawi memberikan kejutan kepada Ekin dengan membawa aktres pujaan isterinya, Erra Fazira hadir ke majlis itu.

"Ekin memang dari dulu sukakan lakonan-lakonan Erra. Dia ada cuba hubungi dan SMS Erra untuk menjemput Erra ke majlis hari jadinya, tapi Erra tak layan. Memang kami sengaja merancang supaya Erra tidak membalas sebarang panggilan Ekin," seloroh Mawi.

Terus Ekin berkata, "Mana taknya, saya telefon, tak diangkat, mesej pun tak dibalas. Jadi, rasa macam tak seronok bila hajat mahukan Erra hadir ke majlis saya tak tercapai.

"Memang sejak zaman sekolah lagi saya sukakan personaliti dia. Kalau ke majlis-majlis, adalah saya berjumpa dengannya, tapi takkan nak buat muka teruja di khalayak ramai dan minta autograf," kata Ekin sambil disambut Mawi lagi : "Bayangkan, masa ada program Gugu Gaga Erra, hari-hari dia tengok rancangan itu. Saya nak tukar ke rancangan lain pun tak boleh. Sampaikan saya terpaksa beli TV baru untuk menyaksikan program lain dan main video."

Dalam pada itu, Ekin memberitahu, majlis hari jadi seperti ini adalah kali pertama dan terakhir untuknya disambut secara meriah. Selepas ini apa yang Ekin inginkan bagi setiap tahun tarikh kelahirannya adalah dengan menjaga keluarga yang sedang dibinanya bersama Mawi serta bahagia di sisi insan yang tercinta.

Dalam bercerita mengenai detik-detik gembira bersama, pasangan itu mendedahkan untuk kali kedua, Ekin disahkan keguguran kandungan yang baru memasuki usia tiga minggu pada Ogos lalu.

Enggan memberitahu umum mengenai berita sedih itu pada awalnya, pasangan ini lebih selesa merahsiakannya buat sementara agar emosi masing-masing kembali tenang.

"Saya memang sedih, dah tak ada rezeki, nak buat macam mana. Cuma yang pasti, Ekin menerima kesan yang mendalam. Masa pertama kali gugur, tak adalah risau sangat, tapi bila gugur buat kali kedua, dia risau jika sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Dia mendapat tahu berita itu ketika saya berada di luar rumah dan masa itu dia bersama Ain, menangis-nangis.

"Kami pun tahu tentang kandungan itu melalui pemeriksaan sendiri dan bila lihat positif, rasa seronoklah. Masa bercuti di Korea lagi dia dah mula rasa sakit-sakit perut.

"Tak sangka pula bila buat pemeriksaan, doktor sahkan Ekin keguguran," kata Mawi lagi.

Sedikit terganggu emosi dengan berita tersebut, bagaimanapun, pasangan ini tidak pernah berputus asa untuk menanti rezeki anak di masa akan datang.

kredit:kosmo

Betty gigit jari, kereta hilang dalam masa 10 minit


Kereta Satria GTI berwarna perak milik penyanyi dan pelakon Betty Banafe telah dicuri di sebuah hotel lima bintang di Jalan Conlay pada pukul 4 petang tadi dalam masa 10 minit.

Cerita Betty, dia menyedari kereta bernombor plat WHX 8179 itu telah lesap setelah kembali untuk mengambil pakaian berjenama oleh pereka dari Arab, alat solek dan beg tangan bagi menjayakan persembahan anjuran Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di hotel itu pada malam ini.

“Saya terkejut dan sedih sebab kereta itu saya guna sejak lebih tujuh tahun lalu dan hilang dalam masa 10 minit sahaja.

"Selepas saya meletakkan kereta di tingkat lima hotel itu, saya ‘check in’ bilik. Apabila saya turun semula untuk mengambil barang ‘show’, kereta saya dah tiada.

“Saya dah kunci kereta itu dan rasa mesti di hotel itu mempunyai sindiket curi kereta dan pencuri kereta itu mesti sangat profesional,” katanya ketika menghubungi mStar Online sebentar tadi.

Kata Betty, insiden itu menyebabkan kali pertama dia bekerja 'sehelai sepinggang'.

Meskipun masih berada dalam keadaan terkejut, Betty berkata dia tetap akan meneruskan persembahannya di hotel itu malam ini.

“Saya kena profesional sebab kerja dan tabah untuk meneruskan persembahan ini. Nasib baik ada pereka Carven Ong yang mempunyai butik di hotel itu meminjamkan baju dan kasut kepada saya

“Insya-Allah, kejadian ini mesti ada hikmahnya dan Allah akan gantikan dengan kereta lain,” beritahunya dalam nada kesal.

Sementara itu, pembantu peribadinya, Noraizi Ahmad (Gee) berkata dia akan membuat laporan polis mengenai kehilangan kereta berharga RM75,000 itu seusai persembahan itu pada pukul 10.30 malam ini.

“Sekarang, saya sedang menguruskan persembahan Betty dan selepas selesai majlis ini baru kami akan pergi buat laporan polis.

“Tadi, pihak keselamatan hotel itu sudah melakukan penyiasatan di sekitar hotel dan selepas itu tiada tindakan yang diambil.

“Pihak hotel meminta kami untuk membuat laporan polis di luar hotel dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian.

“Bagaimanapun, kami sudah memaklumkan kepada polis peronda dengan memberikan nombor plat dan jenis kereta untuk menjalankan operasi mencari kereta itu,” kata Gee yang turut memaklumkan tiada perkhidmatan CCTV yang disediakan di tempat letak kereta di hotel itu.

Noorkhiriah selamat bersalin selepas tiga tahun

Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya pelakon Noorkhiriah, 33, dikurniakan bayi lelaki pada pukul 9 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, di sini.

Menurut Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie, dia masih menunggu suaminya memberitahu nama anak sulungnya yang seberat 2.56 kg itu.

“Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri..jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,” katanya dalam nada suara yang lemah ketika dihubungi.

Walaupun lemah kerana bersalin secara pembedahan, pelakon yang mendapat jolokan Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini menyambut kelahiran bayinya dengan pelbagai rasa.

“Alhamdulillah, saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sekarang. Ada rasa gembira, terharu dan tak percaya sebab dulu biasa berlakon dengan anak orang tetapi kali ni anak sendiri yang berada di sebelah. Dia asyik tidur sahaja,” ujarnya yang turut menerima kedatangan rakan artis lain seperti Ann Ngasri sejurus selepas bersalin.

Diikutkan dia dijangka bersalin pada 16 November ini tetapi Noorkhiriah yang pernah keguguran sebelum ini tetap bersiap sedia untuk menerima kehadiran putera sulungnya itu.

“Kalau boleh, memang saya nak bersalin secara normal sebab saya dah pun siapkan air selusuh dan minyak selusuh tetapi minggu lepas doktor beritahu saya perlu bersalin secara pembedahan.

“Doktor kata kepala bayi hampir di sebelah uri saya. Jadi, sebab saya tidak mahu mengambil risiko, saya bersetuju juga untuk melakukan pembedahan.

“Bukan senang saya nak tunggu bayi ni keluar..tiga tahun,” tuturnya yang tidak menolak untuk mempunyai cahaya mata lagi.

Noorkhiriah berkata semuanya bergantung kepada rezeki Tuhan dan sempat mengaitkan aktres Lisdawati dengan dirinya.

“Kalau ada rezeki, memang saya nak anak lagi. Orang kata memanglah bersalin secara pembedahan ni perlu ambil masa untuk mempunyai anak lagi.

“Tetapi ada juga yang cepat dapat anak kedua seperti Lisdawati selepas bersalin anak pertamanya secara pembedahan,” tambahnya yang akan bercuti sementara daripada karier seni sehingga Februari depan.

Selepas keluar dari hospital dua hari lagi, pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Gubra’ ini akan berpantang di kampungnya di Raub, Pahang.

Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakan, peminat dan sesiapa yang mendoakannya

kredit:mstar

Fiqa Dinobat Juara Gadis Melayu Musim 2




Syafiqa Amirol Melvin atau panggilan mesranya, Fiqa, berjaya mengenepikan empat finalis lain - Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) - untuk merangkul gelaran Gadis Melayu, yang telah berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur malam tadi.

Bagi yang sempat mengikuti siaran langsung program realiti itu di TV9 sejak 8.30 malam tadi, tidak dinafikan persembahan Fiqa pada malam ini lebih mantap berbanding peserta lain. Malah persembahan lakonannya di samping Fauzi Nawawi berjaya juga menyentuh hati juri jemputan, Rosyam Nor.

Fiqa memenangi wang tunai RM10,000 dan diikat kontrak selamat setahun bersama TV9. Dia juga membawa pulang anugerah sampingan, Gadis Safi Balqis.

Keputusan ditentukan melalui undian SMS (50%) dan juri (50%). Malam ini, panel juri terdiri daripada Nurfarahin Jamsari, pengarang majalah Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim, pengarang hiburan Harian Metro Adam Salleh, Datin Seri Normala Shamsudin, Syafinaz Selamat dan Rosyam.

Selain Gadis Safi Balqis, satu lagi anugerah sampingan telah diberikan iaitu Gadis Bijaksana yang dimenangi Finas. Dia mendapat sebuah trofi dan cek bernilai RM2,000.

Ibu Bising Almy Selalu Bergambar Dengan Fizz



Almy dan Fizz cuba mengelak untk mengambil gambar bersama,"Mak dia dah bising sebab kita kerap sangat bergambar bersama," kata pelakon berusia 30 tahun itu.

"Iya-lah dia pun masih anak orang lagi. Kalau paksaan (ambil gambar), takpe. Tapi kalau sukarela tu, tak boleh," selorohnya.

Kalau dah macam tu, bila lagi Fizz nak masuk meminang? "Kita berilah peluang pada dia untuk bekerja dulu. Dia nak berlakon, jadi artis. Kita bagi ruang pada dia," jawabnya sambil diperhatikan Almy yang tersenyum saja.

"Dia belum puas lagi. Dia belum enjoy lagi dengan hidup dia. Dia nak belajar, nak cari duit, nak luahkan hasrat seninya. Saya okay je. Saya tak halang. Kalau dah diikat, susah untuk dia nak bergerak."

Kalau nak tunggu sampai dia puas, berapa lama tu? "Sampai dia rasa puas. Dia kan masih orang baru dalam industri ini."

Almy, 23, yang selama ini mendiamkan diri, apabila ditanya tentang penerimaan keluarganya terhadap Fizz - sebelum ini ibu Fizz pernah katakan amat menyukai Almy - menjawab, "Keluarga saya okay, boleh menerimanya. Dia seorang yang kelakar, pandai mengambil hati."

Mengenai kenyataan Fizz yang ibunya bising kerana mereka kerap bergambar bersama, jelas Almy, "Takde yang ibu kata tak boleh, cuma jangan berlebih."

Adakah ini disebabkan gosip sebelum ini yang mengatakan mereka sudah putus cinta? "Mulut manusia kan, kita tak tahu macam mana. Tak boleh nilai orang dari luar. Di luar tu cantik tapi di dalam... Jadi, kita mesti lebih berhati-hati."

Dedah Almy, kehadiran mereka di majlis hari ini secara kebetulan. Sudah dua minggu mereka tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan penggambaran. Almy dengan drama RTM, 'Hati Lia' sementara Fizz dengan drama Astro, 'Labu Labi'.

Kongsinya, walaupun lama tidak berjumpa tetapi mereka kerap berhubung melalui SMS dan MMS.

"It's all about trust. Saya percaya yang kami mempunyai hubungan yang kukuh dan kami sama-sama jujur. Kalau tak jujur, hubungan kami tak kekal sampai tiga tahun."

Zaidi Omar terlanggar penunggang motosikal






Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW dalam satu kemalangan maut di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bulatan Batu Caves, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, berasal dari Pangkalan Kubur, Kelantan dikatakan menunggang motosikalnya melawan arus di lorong kanan lebuh raya berkenaan untuk mengelak sekatan polis.

Bagaimanapun, mangsa bertembung kereta dipandu dramatis terkenal, Zaidi Omar, 51, dari arah Kepong menghala Batu Caves, menyebabkannya tercampak kira-kira 15 meter dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Bandaraya, Deputi Superintendan Abdullah Roning, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan siasatan sedang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan awal mendapati pemandu terbabit gagal mengelak motosikal mangsa yang tiba-tiba muncul dari arah bertentangan. Akibat pertembungan itu, mangsa yang tinggal di Sungai Buloh mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum jenazahnya dituntut anggota keluarganya tengah hari tadi untuk dikebumikan," katanya.

Polis mengesahkan Zaidi membuat laporan berhubung kemalangan itu di Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee tidak lama selepas kejadian sebelum ditahan

untuk diambil keterangannya bagi membantu siasatan.

Abdullah berkata, pelakon terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangannya tetapi keretanya yang terbabit dalam kemalangan itu masih ditahan sebagai mematuhi prosedur siasatan sebelum dirujuk ke Jabatan Kimia.

Sementara itu, Zaidi gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataannya berhubung kejadian itu

Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa yang menaiki motosikal Honda EX5 bertindak melawan arus dengan menunggang di lorong kanan selepas melihat sepasukan polis sedang melakukan sekatan jalan raya di situ.

Pemuda terbabit dipercayai bertindak demikian kerana takut dikenakan tindakan ekoran tidak mempunyai lesen memandu.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan kereta dipandu pelakon itu tidak dapat mengelak motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Lisdawati-Fauzi dapat bayi perempuan Nur Aina Fazneesya


Pelakon dan model Lisdawati telah selamat melahirkan bayi perempuan, Nur Aina Fazneesya pada pukul 2.40 petang tadi di Hospital Islam Kampung Baru, di sini.

Lisdawati atau Lis melahirkan bayi seberat 3.2 kg itu secara normal.

Menurut suaminya, pelakon Fauzi Nawawi, bayi dan Lis berada dalam keadaan sihat dan stabil.

"Syukur alhamdulillah, Lis sudah selamat melahirkan anak kami. Dia sepatutnya bersalin pada semalam.

"Doktor kata kalau dia tak bersalin juga hari ini kemungkinan dia akan bersalin secara pembedahan," ujarnya ketika dihubungi.

Tambah Fauzi, dia pula yang lebih resah dan gelisah walaupun isterinya yang menjalani proses bersalin itu.

"Dalam tiga hingga empat hari ini memang saya tak cukup tidur sebab memikirkan hal ini.

"Saya bersyukur sebab saya sudah mempunyai empat orang anak perempuan yang cantik dan comel belaka," katanya yang tidak sabar untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata.

Mengenai maksud nama anak keenamnya itu, Fauzi berkata Nur bermaksud cahaya, Aina (Mata) manakala Fazneesya (kesempurnaan atau kebaikan).

Hasil perkahwinan mereka, Fauzi dan Lis mempunyai seorang lagi anak bernama Nur Aini Farhana berusia setahun enam bulan.

Sementara itu, Fauzi juga mempunyai empat orang anak menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Hainil Fatihah, 14, Mohd Fariz Hazwan, 12, Nurul Hana Farisya, 10, dan Mohd Fikri Hakimi, 7.

kredit:mstar

Bekas isteri Hattan dakwa tidak pernah mendapat edah dan mutaah sejak bercerai


Bekas isteri penyanyi Hattan, Arianie Mohd. Abidin mendakwa dia tidak pernah menerima edah dan mutaah daripada bekas suaminya sejak mereka bercerai.

Ketika ditemuramah di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, Arianie, 38, memberitahu dia tidak pernah mendapat edah dan mutaah sejak bercerai dengan Hattan atau nama sebenar Mohd. Shukri Shahabuddin, 45, pada 2004.

"Ini adalah tidak adil kerana saya telah mendiamkan diri selama lima tahun," jelas pramugari ini yang menambah bekas suaminya seharusnya tahu tanggungjawab pemberian edah dan mutaah.

Arianie juga memberitahu dia mempunyai perjanjian dengan Hattan tentang penjagaan anak mereka, Adam Eiman, yang kini berusia 11 tahun.

"Semasa saya bekerja, dia akan menjaga anak. Bila saya bercuti dan ingin mengambil anak pula, dia mengenakan berbagai syarat," katanya.

Misalnya, katanya, dia tidak dibenarkan membawa Adam berjumpa dengan kawan-kawan lelaki atau perempuan.

Arianie, yang masih solo, hadir bersama seorang temannya dalam perbicaraan kes tuntutan edah dan mutaah terhadap bekas suaminya.

Hattan, bagaimana pun tidak hadir, kerana dia tidak sihat. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memberitahu bahawa Hattan telah mengemukakan sijil sakit kepada mahkamah semalam.

Peguam Harziah Othman yang mewakili Arianie (plaintif) memberitahu Hattan tidak pernah menghadiri prosiding berhubung tuntutan edah dan mutaah kecuali majlis sulh.

Dalam prosiding semalam, Harziah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada Hattan yang dia perlu hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan tersebut.

"Saman untuk kedua-dua kes (edah dan mutaah) telah disempurnakan kepada pihak defendan (Hattan)," kata Harziah.

Harziah turut memohon tarikh baru untuk perbicaraan kerana beliau masih belum mendapat jawapan bertulis dari Jabatan Insolvensi untuk kebenaran mewakili anak guamnya, Arianie (plaintif).

Arianie juga mendakwa dia kini berhadapan dengan hutang ekoran pembelian sesetengah aset sepanjang perkahwinannya.

Hattan dan Arianie mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996.

Hattan melafazkan lafaz cerai talak satu terhadap Arianie di kediaman mereka di No. 29, Tropicana Golf and Country Resort pada 31 Disember 2004.

Pada 4 Januari 2005, Arianie memfailkan permohonan pengesahan perceraian yang dibuat oleh Hattan pada 31 Disember 2004.

Pada 10 Mac 2005, Hattan secara rasmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Arianie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Eiman.

kredit:mstar

Nora Danish Maafkan Fasha Sandha?



Lebih setahun selepas perceraiannya dengan Rizal Ashram Ramli, Nora Danish nampaknya sudah bersedia memaafkan orang ketiga yang dipercayai ramai menyebabkan keruntuhan rumah tangganya, yang dibina tak sampai dua tahun itu.

"Lama-kelamaan kita akan maafkan juga orang yang membuat salah pada kita, lebih-lebih lagi bila hati Nora ni lembut. Cuma Nora terkilan bila perkara itu diperbesarkan," dedahnya bila ditemui petang tadi selepas pelancaran Anugerah Skrin 2009 di Sunway Resort Hotel & Spa.

Baru-baru ini, Fasha Sandha mewar-warkan pada para media bahawa Nora telah menegurnya apabila mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Seolah-olah memberi gambaran bahawa Nora sudah memaafkannya.

"Kita kebetulan terjumpa dan Nora pun bersalam dengannya. Masa tu, Nora bangga dengan diri sendiri kerana dapat memaafkannya dan takde perasaan benci pun terhadapnya.

"Tapi iya-lah, Nora terkilan sebab benda bersalam itu dihebohkan. Sepatutnya kita 'take things slow and easy' dan tak perlu diperbesarkan. Kejadian di 'shopping mall' itu berlaku selepas kita dah lama tak berjumpa. Kami bukan baik sepenuhnya.

"Nora pun perlukan masa. Nora tak kisah nak memaafkannya sebab manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan dia pun dah kena teruk akibat darinya. Tapi jujur Nora katakan, sukar untuk Nora melupakan (apa yang Fasha telah lakukan). 'To forget I need time' kerana kepedihan itu masih terasa."

Walau apapun kesalahan Fasha padanya, Nora mempamerkan sifat profesionalisme yang tinggi apabila bersetuju menerima tawaran berlakon di dalam drama 'Spa Qistina'. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui Fasha akan terlibat sama.

Kongsi Nora, faktor utama dia menerima tawaran 'Spa Qistina' adalah kerana Global Station Sdn Bhd dan keinginannya untuk bekerjasama dengan penerbit Gobal Station, Zaiton Mohd Jiwa.

"Bila saya terima panggilan dari Global Station, saya terus kata okay. Masa tu tak tahu lagi mereka akan tawarkan 'Spa Qistina'. Lepas tu, bila mereka 'offer' 'Spa Qistina', saya pun kata okay.

"Mereka ada maklumkan barisan pelakon lain yang akan terlibat dalam drama ini, ada juga namanya (Fasha). Tapi saya takde masalah. Industri ni bukan besar mana pun. Lambat laun akan bertemu juga. Jadi saya hadapi dengan tabah."

Di sebalik setiap musibah yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Di sebalik kisah perceraian Nora dan Rizal, ibu tunggal muda ini telah dikurniakan dengan cahaya mata comel yang bernama Putera Rayqal Ramli.

Pada usia sembilan bulan, Rayqal sudah pandai berjalan, bercakap dan mengenali orang. Tambah Nora, buah hatinya itu juga sudah mula mengikutnya ke mana saja.

"Kalau nak pergi kerja tu, kena curi-curi keluar sebab dia nak ikut juga," kongsinya sambil ketawa.

"Bila Nora kerja, mak akan tolong jagakan. Kalau mak kerja, ibu Rizal (Ashram) akan jaganya. Perhubungan kami (Nora dan keluarga Rizal) amat rapat dan baik sangat. Nora tiada masalah langsung dengan keluarga Rizal.

"Beza dengan orang lain yang mungkin membenci keluarga mertua mereka selepas bercerai. Rayqal anugerah terindah buat Nora dan kehadirannya telah merapatkan lagi perhubungan kedua keluarga.

"Banyak benda baik yang berlaku selepas perceraian kami. Selain hubungan kedua keluarga yang lebih akrab, hidup Nora lebih bermakna walaupun tiada kehadiran seorang suami," katanya yang mengakui masih mempunyai hubungan yang baik dengan Rizal.

Ditanya jika sudah ada teman baru dalam hidupnya, Nora menjelaskan khabar angin sebelum ini yang mengaitkannya dengan Noh Hujan tidak berasas.

"Memang tak wujud. Yang buatkan Nora sedih ialah bila orang kaitkan Nora dengan perpisahannya dengan teman wanitanya. Nora waktu tu baru lepas saat sukar dalam hidup Nora, bagaimana pula Nora boleh tergamak rampas hak orang lain?,"

kredit:gua.com.my

Eira Syazira Bukan Punca Wan Sharmila Bercerai


"Ramai yang telah bertanyakan soalan yang sama. Saya tak tahu kenapa saya dilihat sebagai puncanya," jelas Eira Syazira bila ditanya jika perceraian pelakon 'Tari Tirana', Wan Sharmila dan suami Fazli Baharom ada kaitan dengan dirinya.

Baru-baru ini, ramai yang telah dikejutkan dengan berita perceraian Wan dan Fazli. Walaupun Fazli sudah tampil ke depan untuk menafikan punca perceraian itu adalah kerana orang ketiga, namun ia tidak mampu menghalang orang ramai dari membuat spekulasi. Lebih-lebih lagi apabila sebelum ini rumah tangga mereka dikatakan bergolak kerana kehadiran Eira.

"Mungkin sebab gosip sebelum ini yang mengaitkan saya dengan suaminya. Ditambah pula sekarang ini drama terbitan Radius One (dimana Fazli selaku penerbit), 'Cinta Balqis' sedang dimainkan dan saya memegang watak utama. Tapi saya memang menafikan saya adalah punca perceraian mereka."
Mengakui hanya mengetahui berita perceraian Wan melalui laporan akhbar, katanya ketika di belakang pentas sebelum acara pertunjukkan Fesyen Anugerah Skrin 2009 bertemakan 'Arabian Nite', sempena majlis pelancaran Anugerah Skrin 2009 yang berlangsung petang tadi di Sunway Resort Hotel & Spa, mereka sempat berbual bersama.

"Kami bertanya tentang perkembangan terbaru masing-masing tapi tak sentuh soal peribadi. Dia okay je dengan saya. Malah kita boleh jayakan 'fashion show' tu sama-sama. Sebab tu saya tak ambil kisah sangat pun apa cakap orang."

kredit:gua.com.my

Shamsul-Hati sudah dimiliki!


Pasti ramai yang terkejut bila suara pengarah muda ini kerap didengar di corong-corong radio.

Benar, kini Shamsul melangkah setapak lagi di bidang seni dengan mencuba nasib dengan mengeluarkan single terbarunya yang berjudul Bidadari.

Malah, Shamsul juga turut menyumbang suaranya dalam filem KL Drift 2 dalam lagu tema.

"Sebenarnya memang saya dah lama nak keluarkan satu single untuk peminat, cuma masa saja tidak mengizinkan.

"Kebetulan pula sekarang ini saya buat KL Drift 2 dan beberapa lagu diperlukan. Oleh itu saya pun cuba untuk menyanyikan lagu tema filem itu.

"Rasa seronok pula bila dapat menyanyi. Apa-apa pun saya menganggap karier nyanyian sebagai hobi sahaja. Saya lebih utamakan kerja pengarahan kerana itu karier utama saya," ujarnya.

Sementara itu, bertanyakan pula mengenai khabar angin hubungan cintanya bersama aktres popular, Julia Ziegler yang dikatakan semakin intim, Shamsul menafikannya.

Bagi Shamsul, dia menganggap Julia tidak lebih daripada seorang kawan. Tambah pula, kini hatinya sudah dimiliki!

"Ya, hati saya sudah dimiliki dan memang saya sedang bercinta. Tetapi bukan dengan artis, dia hanyalah sekadar orang biasa sahaja. Kami baru saja berkenalan lebih rapat.

"Setakat ini, masing-masing cuba mendalami hati budi masing-masing. Lagipun saya belum bersedia untuk berkahwin, masih terlalu awal lagi.

"Saya akui, saya sedang bahagia, tetapi dari segi kerja, hati saya tetap tidak senang selagi kerja filem saya belum siap," tegasnya

Hati ibu kuat mengatakan jodoh Waheeda-Akhil kekal



IBU Waheeda, Asri Othman, 58, menganggap ‘kontroversi’ yang berlaku terhadap anaknya itu sebagai asam garam kehidupan seorang artis.

Malah, dia berpendapat isu yang berlaku terhadap Waheeda dan Akhil turut dilalui oleh pasangan bukan artis.

“Selama mana anak saya bergelar artis, gosip dan umpatan orang akan menjadi lumrah hidupnya.

“Apa yang terjadi telah disusun dan saya tidak terlintas langsung akan berlaku seperti ini.

“Nak atau tidak, Waheeda perlu ikut pada gerak hatinya. Orang nak cakap apa biarlah asalkan kita tahu kedudukan sebenarnya,” luah Asri yang setuju dengan pilihan anaknya itu.

Dia yang mengenali Akhil ketika pelakon dan penceramah bebas itu menjalani pengambaran ‘Cafe Akhil Hayy’ bersama anaknya pada awal tahun lalu.

Mengenali Akhil, Asri berpendapat lelaki berusia 41 tahun itu merupakan seorang yang baik dan banyak bersabar.

“Saya dapat rasakan yang dia (Akhil) lebih banyak telan dari buang (emosi). Dia menantu yang baik dan saya menerimanya sekeluarga dengan setulus hati,” ujarnya ketika majlis resepsi perkahwinan sebelah anaknya di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada Sabtu lalu.

Sebagai ibu dan wanita, tidakkah Asri terfikir yang mungkin anaknya akan mengalami nasib seperti bekas isteri Akhil?

Ibu tua itu menjawab, “hati saya kuat mengatakan mereka akan kekal sampai akhir hayat. Saya tak bimbang atau terlintas langsung tentang perkara itu.”

Sejak dua orang anak Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal tinggal bersama mereka di Damansara, Asri yang dipanggil nenek oleh kedua-dua ‘cucu segera’nya itu menganggap Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, cepat mesra dan manja dengannya.

“Kami sama-sama menjaga anak-anak ini dengan baik. Inilah resepi saya untuk menjadi keluarga bahagia,” tutur Asri lagi.

Sementara itu, anak sulung Akhil iaitu Maisarah yang kelihatan gembira dan manja di samping neneknya berkata dia menyukai mama barunya itu.

“Saya suka mama sebab dia baik dan tak pernah marah,” katanya yang bersekolah darjah enam di Kuala Lumpur.

Setelah beberapa bulan tinggal bersama bapa dan mamanya sejak mereka dinikahkan pada 16 Ogos lalu, Maisarah akui dia turut merasa rindu dengan kedua beradiknya yang tinggal bersama ibunya, Maiza di Ipoh, Perak.

“Saya rasa rindu jugalah...,” luahnya ringkas dengan riak muka yang sedikit berubah dan kelu lidah untuk bersuara.

kredit:mstar