Majlis Perkenalkan Ratu














WAJAH Tengku Ratu Haidar yang ditunggu-tunggu buat julung kalinya diperkenalkan oleh pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine, semalam di Bora Ombak, Ampang

Majlis bermula dengan memasukkan Ratu dalam stroller dan Que menolaknya ke buaian di pelamin yang dihias indah dengan pepatung oleh Cradle ‘N’ All.

“Selepas meletakkan Ratu ke dalam buaian, terus dia tidur. Selepas itu, bila saya bangunkan dia dari tidur, muka dia terpisat-pisat kerana baru bangun tidur. Tetapi bila orang ramai mengambil gambarnya banyak-banyak, dia tidak meragam,” kata Linda kepada mStar Online.

Tambah koreografer terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa itu lagi, majlis yang mendapat tajaan Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak itu bertemakan warna putih, emas dan krim.

Setiap tetamu yang hadir juga dihadiahkan dengan sebekas biskut berbentuk mahkota yang disediakan oleh Cradle ‘N’ All. Turut disediakan adalah sebiji kek cawan yang diletakkan mahkota kecil di atasnya.

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis.

Mereka adalah Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.

Ratu dilahirkan pada 26 Oktober 2009. Linda dan Que berkahwin pada 14 Februari lalu di tempat yang sama memperkenalkan Ratu

kredit:mstar

1 comments:

Post a Comment