Majlis Perkenalkan Ratu














WAJAH Tengku Ratu Haidar yang ditunggu-tunggu buat julung kalinya diperkenalkan oleh pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine, semalam di Bora Ombak, Ampang

Majlis bermula dengan memasukkan Ratu dalam stroller dan Que menolaknya ke buaian di pelamin yang dihias indah dengan pepatung oleh Cradle ‘N’ All.

“Selepas meletakkan Ratu ke dalam buaian, terus dia tidur. Selepas itu, bila saya bangunkan dia dari tidur, muka dia terpisat-pisat kerana baru bangun tidur. Tetapi bila orang ramai mengambil gambarnya banyak-banyak, dia tidak meragam,” kata Linda kepada mStar Online.

Tambah koreografer terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa itu lagi, majlis yang mendapat tajaan Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak itu bertemakan warna putih, emas dan krim.

Setiap tetamu yang hadir juga dihadiahkan dengan sebekas biskut berbentuk mahkota yang disediakan oleh Cradle ‘N’ All. Turut disediakan adalah sebiji kek cawan yang diletakkan mahkota kecil di atasnya.

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis.

Mereka adalah Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.

Ratu dilahirkan pada 26 Oktober 2009. Linda dan Que berkahwin pada 14 Februari lalu di tempat yang sama memperkenalkan Ratu

kredit:mstar

Nik Adruce dah kurus


Johan RL dah jadi bapa

Johan telah dikurniakan cahaya mata pertamanya selepas isteri tercintanya, Ozlynnwati selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel secara normal di Hospital Prince Court, pada hari Sabtu lepas, kira-kira jam 9.30 malam.

Bayi seberat 4.43 kilogram itu telahpun dinamakan sebagai Ahmad Sodiq Hainana. Maksudnya Murai Batu tak begitu pasti tapi nama itu khabarnya dipilih sendiri oleh Johan.

memang bersemangat betul anak si Johan tu. Sampaikan jari-jemarinya yang comel dan mungil itu itu nampak begitu padat dan berulas-ulas. Pipinya pula jangan cakaplah montel sungguh...

Khabarnya, Johan sendiri telah menyambut kelahiran bayi itu selepas berjam-berjam lamanya menemani Wati di dalam bilik kelahiran itu.

Malah terpancar kegembiraan di wajahnya tatkala melihat bayi yang penyambung zuriatnya dengan Wati itu selamat dilahirkan ke muka dunia ini.

Gambar Bayi Baru Arni Nazira & Hazrie




6 mentor "MENTOR MUSIM KEEMPAT"








Enam mentor iaitu Azmeer, Mus (May), Joe Flizzow, Ziana Zain, Mas Idayu dan Dayang Nurfaizah diperkenalkan untuk mengendalikan program Mentor musim keempat mulai Februari ini

sesi ujibakat Mentor musim keempat akan bermula pada 21 Februari sehingga 21 Mac ini bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Dua destinasi di Malaysia Timur akan dilakukan secara berasingan iaitu di Promenade Hotel, Kota Kinabalu (21 Februari) dan Merdeka Palace, Sarawak (28 Februari).

Seterusnya, ujibakat Mentor akan berlangsung di Sri Pentas, TV3 dimulai dengan mentor pertama Ziana Zain pada 6 Mac, Mas Idayu (7 Mac), Mus May (13 Mac), Azmeer (14 Mac), Joe Flizzow (20 Mac) dan Dayang Nurfaizah (21 Mac).

Antara keenam-enam mentor itu, penyanyi Ziana menjangkakan ramai golongan ‘adik-adik’ atau lelaki lembut akan menyertai sesi ujibakat yang dikendalikan olehnya.

Menurutnya, setiap kali konsert yang diadakan sebelum ini, ramai golongan ‘adik-adik’ yang datang.

“Golongan ‘adik-adik’ mesti ramai yang akan datang ke sesi ujibakat Mentor kendalian saya nanti sebab mereka selalu datang semasa konsert saya.

“Saya pun tak tahu bagaimana mereka boleh meminati saya. Apabila saya tanya kenapa minat saya, mereka kata sebab suka tengok fesyen dan mekap saya. Dari situ, segala ekspresi diri saya menjadi ikutan mereka.

kredit:mstar

Hasrat Fara Fauzana Tercapai


Tanggal 7 Februari ini, pengacara dan penyampai radio popular Fara Fauzana akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30. Dalam usia yang masih muda, heroin filem ‘Jin Notti’ ini telah meraih pelbagai kejayaan dalam kariernya. Fara pernah dinobatkan sebagai Pengacara TV Paling Popular 2005 dan 2006 serta meraih anugerah Penyampai Radio Wanita Popular 2007 dan 2008 dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Tahun ini dia sekali lagi tersenarai sebagai calon Top 5 untuk kategori yang sama.

Sebagai pembuka tirai 2010, Fara bakal muncul pula dengan rancangan terbaru berjudul ‘Alahai Fafau’. Rancangan yang bakal disiarkan di TV9 ini cukup istimewa kerana ia akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan ulang tahun kelahirannya.

Bercerita kepada media selepas majlis pelancaran rancangan terbaru itu, Fara memberitahu yang dia sungguh bersyukur kerana akhirnya dia mempunyai rancangan sendiri. Bagi Fara, ini adalah hadiah harijadi yang cukup istimewa.

“Apa yang saya harapkan selama ini akhirnya tercapai. Sebagai seorang pengacara, saya memang sudah lama menyimpan niat untuk muncul dengan rancangan sendiri. Akhirnya ia terlaksana ketika umur saya menginjak ke 30 tahun. Terima kasih saya ucapkan kepada TV9 kerana merealisasikan impian saya ini.

“Saya cukup puas hati dengan rancangan ini kerana selain daripada mengikut format yang ditetapkan, saya juga boleh berkongsi idea dengan mereka. Ini bukan rancangan bual bicara tetapi ia adalah sebuah rancangan yang memaparkan aktiviti Fara bersama rakan-rakan, peminat dan orang-orang yang berada di sekeliling Fara,” ujar Fara teruja.

Ditanya apakah segmen yang paling digemari, Fara memberitahu dia paling suka dengan segmen ‘Misi Fara’. Ini kerana melalui segmen ini, Fara berpeluang menjadi orang lain.

“Melalui segmen ini saya berpeluang melakukan perkara yang belum pernah Fara buat. Dengan kata lain, Fara menjadi orang lain. Antara misi yang perlu saya sempurnakan ialah menjaga kucing, haiwan yang paling saya tidak suka dan masuk ke Penjara Kajang. Kalau hendak tahu apa misi saya di penjara, jangan lupa saksikan rancangan itu nanti.

“Pengalaman masuk ke penjara itu memang sesuatu yang tidak boleh saya lupakan. Tetapi saya memang tidak sangka, rupa-rupanya banduan-banduan di penjara mengenali saya dan mereka melayan saya dengan baik sepanjang tempoh menggambaran itu,” cerita Fara lagi.

Jadi, kepada peminat setia Fara di luar sana, jangan lupa saksikan rancangan terbaru terbitan TV9 ini. Banyak yang boleh anda saksikan dan yang paling penting, ia memberi peluang untuk anda mengenali Fara secara dekat.

‘Alahai Fafau’ memaparkan elemen komedi dan kemasyarakatan sambil menampilkan selebriti dan ahli muzik tanah air. Sesuai dengan perwatakan Fara yang ceria dan lucu, rancangan santai berbentuk temubual ini tertumpu kepada perkara-perkara yang menjadi minat Fara. Rancangan 13 episod ini terbahagi kepada tiga segmen berbeza iaitu Misi Fara, Fara & Friends, Fara Fan Club dan Fakta Fara.

Memandangkan umurnya sudah mencecah 30 tahun, Fara sudah pun mula terfikir untuk mendirikan rumahtangga. Mungkinkah Fara sudah mempunyai ‘buah hati’ dan hanya menunggu masa untuk mengumumkan tarikh perkahwinan?

“Eh! tidaklah. Saya masih belum mempunyai calon. Tetapi saya memang sudah terfikir untuk berkahwin. Kalau boleh saya mahu cepat ‘settle down’. Ikut perancangan, dalam masa lima tahun lagi saya ingin berada di belakang tabir pula. Mungkin ada orang berpendapat ia terlalu awal, tetapi saya memang jenis yang suka melakukan sesuatu perkara dengan cepat. Saya tidak suka bertangguh-tangguh,” jelas Fara tanpa berselindung

kredit:gua.com.my

Pepatung Dan Tiara Hiasi Majlis Perkenal Ratu

KEMUNCULAN Tengku Ratu Haidar pastinya dinanti-nantikan sejak anak pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine itu dilahirkan pada 26 Oktober 2009.

Que dan Linda telah memilih tarikh 27 Februari ini untuk mengadakan sebuah majlis kecil untuk memperkenalkan Ratu di Bora Ombak, Ampang.

“Kalau jadi, kita akan membuat majlis memperkenalkan Ratu pada 27 Februari ini. Setakat ini, majlis itu akan ditaja oleh Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak.

“Seperti yang dibincangkan, pihak penaja bersetuju dengan idea saya untuk memilih tema tiara (mahkota) dan pepatung dengan konsep warna putih dan emas yang melibatkan elemen tradisional.

“Saya memilih tema tiara sebagai simbolik kepada nama Ratu manakala pepatung pula diambil mengikut tema yang pernah digunakan dalam majlis perkahwinan saya dan Que,” kata Linda, koreografer terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa itu.

Linda berkata, majlis itu terhad kepada 100 orang tetamu sahaja yang terdiri daripada keluarga, kawan rapat, rakan artis dan para media.

Mereka yang hadir akan menerima sedikit cenderamata sumbangan Cradle ‘N’ All serta disajikan dengan makanan tempatan.

Cradle ‘N’ All pernah menaja majlis cukur jambul anak sulung aktres Erra Fazira dan Engku Emran sebelum ini.

“Saya berharap semua tetamu yang hadir temasuk rakan media memakai pakaian mengikut warna tema iaitu putih atau emas,” ujarnya kepada mStar Online.

Setelah berusia empat bulan baru Ratu akan diperkenalkan kepada media. Menjawab hal itu, Linda memberikan alasan dia dan Que sibuk dengan kerja masing-masing.

“Tambahan lagi, kami memang nak tunggu Ratu besar dahulu dan lebih lasak. Nanti kesian pula dia.

“Sekarang, dia sudah besar dan beratnya juga sudah mencecah 7 kg. Jadi, kami rasa sudah tiba masanya untuk perkenalkan Ratu kepada orang ramai,” jelasnya yang turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Qalif Khan.

Dalam masa yang sama, Linda memberitahu dia dan Que menetapkan tarikh majlis cukur jambul Ratu di kampung Que di Felda Taib Andak, Kulai, Johor iaitu pada 6 Februari ini.

Majlis itu akan dilakukan secara tertutup. Linda berkata mereka memilih untuk mengadakan majlis itu di luar Kuala Lumpur atas permintaan ibu Que.

“Ibu mertua saya minta buat di sana bagi memudahkan keluarga dan sanak saudara Que untuk hadir ke majlis cukur jambul itu.

“Lagipun, suasana majlis itu pasti lebih terasa apabila dilakukan di kampung dengan iringan marhaban…,” tuturnya lagi.

kredit:mstar

Faizal Tahir hidap DVT

Penyanyi juara lagu tempat ketiga AJL24, iaitu Faizal Tahir disahkan menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis atau DVT. Penyakit ini dipercayai boleh membawa maut.
Akibat daripada penyakit itu, Faizal tidak mampu bergerak banyak.Terpaksa menelan ubat tahan sakit Pradaxa bernila RM13 setiap hari.

"Setiap hari, saya terpaksa telan pil Pradaxa bernilai RM13 sebiji. Saya juga adalah orang yang terawal menggunakan ubat ini,"

"Buat masa ini, saya mengalami kesakitan di bahagian kaki. Sebab itu saya terpaksa menyanyi secara duduk. Tapi, kesannya tetap dirasai di seluruh badan saya," katanya.

"Kalau boleh saya tidak mahu terlalu bergantung dengan pil tahan sakit ini kerana saya tahu ia boleh memudaratkan kesihatan.

"Tapi, apa boleh buat, itu saja yang mampu saya lakukan. Selain ubat, saya juga terpaksa menjalani rawatan fisioterapi. Namun, jadual yang padat menyukarkan saya menjalani rawatan tersebut," katanya